Tular semalam kisah duit raya RM5 yang dihulur kepada ibu saudara yang disifatkan sebagai bakhil dan tidak ikhlas.
Terpanggil mengulas isu ini, Aida Gadis Melayu tampil menyatakan pendapat dan mengatakan Aidilfitri bukanlah medan untuk menunjukkan siapa paling hebat.
Tambahnya lagi, duit raya hanya sebagai pemberian tanda ingatan.
Malah jumlah yang diberi tidak dapat menilai keikhlasan seseorang.
“Halah halah hallah. Tu laa manusia kan . Selalu salah org semue nampk ! Korang , biase terjadi mcm ni bile kite rase kitela terpaling hebat. Bagi duit raye note purple blablabla…
“Siape pun hulur, berapa pun jumlahnye bersyukurla . Tande ingatan . Kite tak tau ape masalah & ape kesulitan yg depa lalui . Kereta besar rumah gah x bermaksud terkadang dorang selalu berduit.
Ads
“Siape la kite nak menilai keikhlasan org lain. Org bagi kite ambik. Orang tak bg kite dok diam2 . Mcm tu jugak la, kite berniat nak bagi kite bagi.
“Jangan bile tgk depa x hulur kat anak kite kite pun batalkan niat hulur kat anak depa. Ikhlaskan diri , Raye bukan medan nak bangge aku bg berape ko tak hulur ape
“Saling bermaafan & muhasabah diri memasing tu lagi penting ! Sekian komen i pasal gmb ni. sian die bg pun kena kutuk !
“Camat Ayi Yaye !!! X mo gado2 laa k makcik,” tulisnya panjang lebar.
Kisah ini tular apabila anak kepada wanita tersebut memuat naik gambar sampul raya dan jumlah yang diterima ibunya di laman Twitter.
Menurutnya lagi, saudaranya memiliki kereta mewah dan bergaji besar namun hanya memberi duit raya sebanyak RM5.
Ads
Walau bagaimanapun, kisah ini sampai ke pengetahuan si pemberi dan ini respon yang diberi.
Difahamkan, individu yang dikenali sebagai Mama Ejja juga dilihat telah memadam akaun Twitter selepas menerima kritikan warga Twitter yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
Duit raya bukanlah perkara wajib sempena Aidilfitri. Janganlah ia dijadikan isu sehingga menimbulkan perbalahan.
Foto : Instagram Aida Gadis Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menceburi bidang ‘lakonan’ drama pendek yang menjadi fenomena, bintang Youtube, Syahmi Sazli, Asif dan Yoe dilihat mahu cuba benda baru, dengan ‘terjun’ dalam dunia penyiaraan sebagai penyampai berita pula!
Ketiga-tiga anak jati Kelantan ini masing-masing cuba tampil berkeyakinan di depan lensa kamera ketika menyampaikan tajuk berita mengenai seekor biawak.
Malah, ketiga mereka turut disolek, mengenakan pakaian bersesuaian sebagai pembaca berita.
“Sep Kito Asif, Yoe & Syahmi Baca Berita
“Boleh ke Asif, Yoe & Syahmi baca berita ni???,” kongsi Instagram Buletin TV3.
Menerusi video berdurasi kira- kira empat minit itu, Yoe dan Asif masing-masing mempunyai karakter tersendiri.
Manakala, Syahmi pula tampil berkeyakinan.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata terhibur dengan cara penyampaian mereka.
Menerima khabar duka ibu mertua meninggal dunia, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya berkongsi sekeping foto yang cukup meruntun hati netizen.
Foto bapanya yang sedang duduk bersendirian di dalam bilik sambil mengemas barang peninggalan arwah isteri meninggalkan seribu satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.
“Yang paling redha. This picture truly breaks my heart. After 3 years, it happened again,” tulisnya.
Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Boy Iman ada memuat naik sekeping foto bersama bintang versatil, Ifa Raziah di Instagram. Bagaimanapun, apa yang tidak sedapnya, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan gambar berkenaan memandangkan keduanya dirakam dalam keadaan Boy memeluk erat Ifa.
Malah, ramai juga yang mempersoalkan status kedua-duanya yang merupakan isteri dan suami orang.
Boy menerusi ruangan kapsyen memaklumkan, dia ada beberapa memuat naik foto bersama penyanyi Ser Ser Ser itu.
“Bersama my kakak 4eva, Diva Puk Puk Puk @ifa_raziah. Meletop baju hari ini jd MC. Peluk tu bukan apa nak tunjuk tiga perkara. Satu perkara dia dah kurus. Perkara kedua sebab baju dia cantik sgt, dan perkara ketiga pulak nak bgtau dia yg kita sayang dia & anggap dia mcm kakak kita sampai bila2,” tulisnya.
Pada masa sama, Boy turut pelik dan teruja kerana meski Syawal sudah berlalu namun budaya rumah terbuka tetap berterusan.
“Tapi apa pun kita heran bin ajaib. Tahun ni punya rayakan sampai masuk bulan Zulkaedah pun org buat open house. Ini mmg betul2 celebrate raya, maybe sebab gembira sgt dpt Tun Mahathir jd Perdana Menteri dan dapat kerajaan baru kot ataupun psl xde da GST,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen pula, pelbagai komen dilontarkan peminat. Antaranya ialah;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...