Hampir tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik, Beyonce akhirnya berjaya merangkul anugerah Album Terbaik di Anugerah Grammy ke-67 yang berlangsung di Los Angeles, hari ini.

Bintang itu diiktiraf menerusi album kelapannya, Cowboy Carter, yang meraikan dan memberikan konteks kepada asal usul muzik country dalam komuniti penyanyi kulit hitam.

Kemenangannya ini menjadi begitu bermakna selepas dia diketepikan daripada memenangi anugerah utama majlis tersebut sebanyak empat kali.

Ketika namanya diumumkan, Beyoncé memeluk anak perempuannya, Blue Ivy, kemudian suaminya, Jay-Z sebelum berjalan ke pentas dan menerima anugerah tersebut daripada Taylor Swift.

“Oh, Tuhan. Wow. Saya benar-benar tidak menyangka ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan.  Kerana saya masih dapat melakukan apa yang saya cintai selepas begitu banyak tahun.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua artis country yang luar biasa yang menerima album ini. Kami bekerja begitu keras untuknya,” ucapnya yang terkejut dengan kemenangan tersebut

Ads

Beyonce Akhirnya Menang Album Terbaik Anugerah Grammy Selepas 30 Tahun Menyanyi

BACA JUGA: Beyonce Jadi Penyanyi Wanita Berkulit Hitam Pertama Ungguli Carta Muzik Country

Selain itu, dalam ucapannya juga, bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu turut memberikan penghomatan kepada Linda Martell yang merupakan antara penyanyi berkulit hitam terawal dalam genre country.

Ads

Memfokuskan kepada muzik country dan Americana, Cowboy Carter merupakan bahagian kedua daripada trilogi album yang mengkaji tradisi muzik Amerika serta mendedahkan sumbangan artis kulit hitam yang sering tidak mendapat pengiktirafan.

Menerusi kemenangannya,  Beyoncé menjadi wanita kulit hitam keempat memenangi anugerah ini selepas Natalie Cole menang pada tahun 1992, Whitney Houton pada 1994 dan Lauryn Hill pada 1999.

Imbas kembali, Beyonce memulakan karier muziknya apabila menyertai Kumpulan Girl’s Tyme dengan menyertai pertandingan Star Search pada 1993.

Ads

Biarpun kalah dalam pertandingan tersebut, kumpulan itu dirombak semula dan kemudiannya berevolusi menjadi Destiny’s Child yang berkembang menjadi antara salah sebuah kumpulan penyanyi wanita paling berjaya di dunia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI