Selepas berhempas pulas membuktikan kemampuannya sejak berada di kelompok Top 100, Zazzleen Zulkifli berpuas hati dengan pecapaiannya sepanjang bertanding di program realiti One In A Million musim ke-4 (OIAM4)

Menurut Zazzleen, dia sendiri tidak menyangka akan bertahan sehingga ke pentas akhir seterusnya dinobatkan selaku pemenang tempat keempat.

Zazzleen Terkilan Nama Bapa Dihina, Lega OIAM Dah Berakhir

“Saya sudah buktikan kemampuan sejak berada di top 100. Saya mencuba nasib sama seperti orang lain. Rezeki saya bertahan sehingga empat terbaik.

“Saya pun tak sangka akan sampai ke final. Saya sedar suara saya ini tidak diterima ramai sejak dahulu.

“Bila melangkah ke final, saya minta finalis lain buat yang terbaik kerana saya tahu saya akan berada di kedudukan keempat.

Ads

“Saya rasa diri ini tidak sepenuhnya dialu-alukan di pentas akhir ini. Namun, saya tetap gembira untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada MH.

Anak kepada seniwati Datin Normala Omar dan seniman Allahyarham Datuk Zulkifli Zain ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pentas akhir OIAM4 pada Ahad.

Zazzleen Sebak Kenang Perjalanan Di OIAM4

Zazzleen Terkilan Nama Bapa Dihina, Lega OIAM Dah Berakhir

Katanya lagi, dia kini lega apabila segala tekanan yang diharungi selama menyertai program ini telah pun berakhir.

“Sepanjang bertanding di OIAM, saya telah dikecam teruk seolah-olah saya membunuh anak orang. Saya hanya menyanyi sahaja. Tadi saya agak sebak bila memikirkan segalanya sudah berakhir.

Ads

“Kini saya perlu menghadapi cabaran di dunia luar pula. Tak mengapa. Ini jalan yang saya pilih,” katanya lagi.

Pada masa sama, Zazzleen mengakui dia agak terkilan dengan komen-komen melampau yang turut mengaitkan arwah bapanya.

Zazzleen Terkilan Nama Bapa Dihina, Lega OIAM Dah Berakhir

“Antara komen yang agak teruk saya terima bila ada yang mengatakan saya sampai ke tahap ini kerana ‘cable’ dan status anak selebriti.

Ads

“Malah, saya juga agak terkesan bila mereka turut mengaitkan arwah bapa saya. Arwah ayah sudah tiada. Disebabkan iklan di tv, ada yang kata ‘Zazzleen, ayah kau suruh stop nyanyi’,” kongsinya lagi.

Minta Maaf Dengan Keluarga

Katanya lagi, sekiranya perkara ini masih berterusan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kalau orang lain baca, mungkin boleh bunuh diri. Jika saya lihat semula komen disetiap hantaran, mungkin saya boleh dapat RM1 juta. Banyak fitnah dan komen yang bukan-bukan.

“Saya terpaksa meminta maaf kepada keluarga andai saya memalukan mereka. Alhamdulillah mereka okay dan anggap ini lumrah anak seni,” akhirinya.

Terdahulu, Zazzleen merancang untuk mengadakan sebuah showcase khas sebagai tribute dan mengenang perjalanan ibunya sepanjang bergelar seniwati yang disegani.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI