Hari ini, program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) telah pun membicarakan mengenai topik ‘Menghayati Nikmat Syukur’ khusus buat mereka yang baru sahaja kehilangan orang-orang tersayang ketika fasa sukar ini.

Segmen pada hari ini juga turut diadakan khas bersempena memperingati pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanita Hari Ini (@whitv3)

Program berkenaan nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah buat pengacaranya sendiri yang juga merupakan pelakon, Fahrin Ahmad.

Fahrin yang dilihat tidak dapat menahan sebak berharap agar topik yang dibahaskan pada hari sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat buat mereka yang sedang berhadapan dengan dugaan yang sangat berat.

“Bersangka Baik Dengan Allah, Berdamailah Dengan Takdir,” – WHI Tayang Episod Khas Siti Sarah, Fahrin Ahmad Zahir Rasa Sebak

IKLAN

Jelas Fahrin, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa menerima segala takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan meskipun ia bertentangan dengan apa yang kita harapkan.

“Takdir…Berdamai dengan takdir. Buat semua yang kehilangan, diduga dengan takdir yang pada batas akal dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita, semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan,” tulisnya.

IKLAN

Perkongsian tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Lockdown itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bersangka Baik Dengan Allah, Berdamailah Dengan Takdir,” – WHI Tayang Episod Khas Siti Sarah, Fahrin Ahmad Zahir Rasa Sebak

Dalam pada itu, Fahrin turut menambah, dia juga tidak dapat membayangkan sekiranya perkara saman turut menimpa dirinya

IKLAN

“Saya sebak terkenang isteri, anak dan keluarga. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir,” jelasnya lagi.

“Bersangka Baik Dengan Allah, Berdamailah Dengan Takdir,” – WHI Tayang Episod Khas Siti Sarah, Fahrin Ahmad Zahir Rasa Sebak

Pada episod kali ini, WHI turut menjemput beberapa tetamu undangan antaranya, Ustazah Asni Mansor, penyanyi, Azharina serta bekas pengurus Allahyarham Siti Sarah, Norwati Abd Manan.

Sumber: Instagram Fahrin Ahmad, Wanita Hari Ini & Youtube TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI