Penyanyi Datin Alyah memaklumkan sesi pelancaran busana ‘ready to wear’, Koleksi Kerna Sayang yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat terpaksa dianjakkan kepada suatu tarikh baru.

Menurut Alyah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati sesi bacaan Yaasin buat rakan selebriti yang sedang berdepan ujian melawan wabak Covid-19.

Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.” Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Kepada semua yg dikasihi dan disayangi, bagi menghormati sahabat2 seperjuangan dlm bidang seni yang menghadapi musibah Covid-19.

“Pihak kami memohon maaf dan terpaksa menundakan waktu pelancaran koleksi KERNA SAYANG buat sementara waktu.

IKLAN

“Semoga sahabat2 kita kembali pulih seperti sediakala itulah harapan. Hanya Allah tempat mengadu dan meminta,” jelasnya.

Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.” Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.”

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Thank You Allah ini menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.

Bagaimanapun, peminat yang membeli persalinan Muslimah berkenaan masih boleh melayari laman web yang disertakan pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Sementara itu menerusi Insta Stories, Alyah turut sama menyertai sesi bacaan Yaasin buat Siti Sarah yang dilakukan secara virtual, malam tadi.

Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.” Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.”

Terdahulu, peminat sejak minggu lalu mendoakan kesembuhan buat selebriti yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 iaitu penyanyi Fazli Zainal dan Siti Sarah.

IKLAN

Menerusi laporan media, Fazli Zainal yang kini bergantung kepada ‘double oxygen’ dan dipantau doktor selepas dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus pada 31 Julai lalu.

Sementara Siti Sarah yang hamil lapan bulan pula terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal secara pembedahan, petang selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.

Dia sebelumnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras  akibat tahap oksigen tidak stabil, awal pagi Khamis.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI