Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak keduannya pada jam 6.21 pagi Isnin.

Berita gembira tersebut dimaklumkan anak tirinya, Asyraf Khalid menerusi hantaran di Instagram hari ini.

“Alhamdullillah, this morning at 6.21am, i received another baby brother. Weight at 3.84kg. Alhamdullillah, baby is healthy & everything looks great.

“Congratulations Ayah & @ctdk Mak Iti. Syukur everything went smoothly for Mak iti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti & Ayah untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh & anak yang berbakti pada Agama kita, keluarga kita & seluruh umat Muhammad,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, Siti menerusi akauan Instagram miliknya turut berkongsi video serta kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

“Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

IKLAN

“Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

“Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

IKLAN

“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t. Video: @rasafilm.co,” tulisnya memberikan kredit.

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat Siti seisi keluarga.

Foto: Instagram Asyraf Khalid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI