Orang ramai telah dikejutkan dengan khabar berita kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Ipoh, petang Ahad.
Kejadian tersebut telah mendapat perhatian, termasuk selebriti antaranya pelakon, Didie Alias.
Di samping memuat naik rakaman video situasi ribut berkenaan, Didie berharap kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan baik dan selamat.
Ads
“Masyaallah Kejadian puting beliung yang berlaku petang tadi di Tasek, Ipoh, Perak.
“Semoga semua penduduk sekitar berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan selamat. Kredit Video: Orang Awam,” tulisnya di ruangan kapsyen entri berkenaan.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan kemenangan suaminya, Aliff Aziz di Gegar Vaganza 8 (GV8), pada Ahad lalu bukanlah untuk menutup mulut netizen yang mengkritiknya sepanjang konsert.
Sebaliknya, Bella menyifatkan ia sebagai rezeki dan ganjaran buat Aliff yang berusaha memberikan yang terbaik selama 10 minggu dalam saingan.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Tapi saya beritahunya… saya nampak awak punya usaha. Kita tak suka bila orang cakap Aliff anak emas Astro. Saya tak suka sebab saya tahu, kita dekat sini struggle macam mana,” katanya.
Bella pada masa sama turut memberikan reaksi apabila sebelum ini ada yang memberikan menganggap lagu-lagu yang dipersembahkan Aliff adalah yang senang belaka.
“Ada orang cakap lagu Aliff senang. Pada diaorang mungkin senang, tapi tidak bagi Aliff. Dia perlu menari sambil menyanyi, low note dia pun selalu kena tegur. Jadi kita cuba perbaiki.
“Ada juga orang tak tahu, misalnya minggu bahasa kita ‘fight’ untuk lagu Tagalog, tapi tak dapat sebaliknya dapat lagu bahasa Melayu. Kita tak tahu nak jelaskan macam mana.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki hari ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Malam kemuncak GV8 telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Pelakon dan usahawan, Hairul Azreen memberikan kata nasihat supaya fokus mencapai matlamat impian serta cita-cita dalam kehidupan.
Hairul menyarankan, lebih baik untuk berhenti bercakap tentang orang lain sekiranya mahu menjadi seorang yang berjaya.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan sikap negatif sedemikian tidak sewajarnya dilakukan.
Suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini telah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram.
“Luck je tu! Kenapa bos suka dia ek? Coach asik pilih dia je! Macam mana dia dapat stright A exam? Walhal dia bukan pandai pun!
“Stop cakap pasal orang, Kita fokus impian & cita2 kita, sebab kita tak tau dorg usaha macam mana, tak ada siapa dapat mengubah diri kita kalau bukan diri kita sendiri! Letak goal & target,” tulisnya.
Sekadar informasi, pemilik nama lengkap Hairul Azreen Idris ini dilahirkan pada 23 April 1988 dan telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Datuk Ramli MS menyifatkan penyingkiran penyanyi Rock Bandi Amuk di konsert ketujuh GV8 sebagai sesuatu yang sudah diiangka.
Menurut maestro muzik itu, mana-mana peserta yang gagal memuaskan hati juri dan berada si posisi terakhir dalam carta markah mingguan ada ketikanyaboleh ‘terselamat’ kerana tiada penyingkiran dibuat.
“Sesuatu yang sudah dijangka. Sudah nampak…cuma ada ketikanya ‘selamat’ apabila produksi membuat keputusan tiada penyingkiran sebelum ini.
“Dia menjadi peserta yang keempat tersingkir dan kalau nak diikutkan berdasarkan ranking markah… memang itulah. Malah boleh nampak dari segi carta bintang yang tersingkir, seolah-oleh boleh jangka siapa yang akan menyusul.
“Malah rasanya selepas ini pun, ibaratnya sudah dapat jangka siapa yang terkeluar. Cuma iyealah kadang-kadang diselamatkan dengan tiadanya penyingkiran pada akhir konsert,” katanya lagi.
Terdahulu, Bandi yang memperoleh markah 53.8 peratus gagal meneruskan saingan minggu hadapan yang masih berbaki tiga konsert.
Bintang berkenaan menyanyikan lagu I Want To Break A Free (Queen) dalam konsert yang bertemakan ‘Kelentang Kelentong’ itu.
Sejurus Bandi membuat persembahan, Datuk Syafinaz turut memberikan reaksi berhubung intonasinya.
“Saya suka dengan persembahan ini kerana Bandi sudah ‘datang balik’. Akan tetapi kita berbalik kepada ini satu pertandingan, jadi banyak elemen yang perlu kita pastikan boleh diperbaiki.
“Nombor satu sebutan abang dalam Bahasa Inggeris dan kedua intonasi. Ia tentunya mengambil peranan sangat penting dalam sesebuah pertandingan nyanyian,” katanya.
Sementara itu, persembahan meyakinkan dari Nikki Palikat membuahkan hasil apabila meraih markah tertinggi iaitu 72.30 peratus dan Aliff Aziz di tempat kedua dengan 71.90 peratus.
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk M Nasir sebagai juri jemputan minggu ini.
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Adibah Noor manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Suki Low.
Anugerah Paling Power Meow dimenangi peserta yang menduduki markah tertinggi.
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.