Ads

Berita Yang Keluar Itu Lambat Sebab…,” – Tak Tahu Bagaimana Boleh Dijangkiti, Miller Khan Nafi Adik Kritikal Akibat Covid-19

Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.

Miller menjelaskan, adiknya sudah disahkan negatif wabak itu dan dibenar keluar hospital sejak beberapa hari lalu.

“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media.

Ads

“Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” katanya yang tidak tahu punca dan bagaimana adiknya boleh dijangkiti.

Ads

Terdahulu, media seberang melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Ads

Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bekas Isteri Andre Taulany Dilapor Polis, Didakwa Aniaya Pembantu Rumah

Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah. Wanita berkenaan, Rien Wartia...
error: Hello. Cannot.