“Masa bilalah saya kena tangkap, tak baik cakap macam tu.” Itu antara kata usahawan sensasi, Nur Sajat selepas sepotong video yang merakamkan dirinya yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari tular di media sosial baru-baru ini.
Malah, Sajat menerusi IG Live menggunakan akaun @Nursajatgold02 turut mendakwa telah dikhianati.
“Panjang cerita, orang cuba nak khianat kita. Tapi okaylah kan…?,” katanya.
Sajat terdahulu turut memberikan reaksi mengenai hal tersebut.
Ads
“Elok je saya ada dekat sini ha… Kalau kena tangkap dah lama dekat dalam sayang oi.
“Merepak jelah. Elok je Sajat dalam ni? Nampak tak? Yang bercakap ni apa? Hantu? Tak kan yang cakap ni hantu kot… ,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai akaun diri dan juga temannya Jados yang dikatakan ‘hilang’, Sajat secara ringkas memberitahu, mereka kini berehat seketika daripada media sosial.
“Kitaorang berehat sekejap daripada dunia media sosial. Just fokus dalam bisnes sahaja,” katanya yang turut berkongsi dua anak angkatnya turut berada dalam keadaan sihat.
Baru saja disahkan bebas Covid-19, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dilihat ada memuat naik beberapa foto terkininya bersama keluarga di Instagram.
Terbaru, pelakon tersebut ada memuat naik satu video bersama isterinya sesudah menunaikan solat secara berjemaah.
Di dalam video yang dibuat menerusi aplikasi TikTok lalu dikongsikan Aeril di Instagram itu, dia sempat mengambil aksi kandid isteri, Wawa Zainal selepas solat.
Malah Aeril di dalam ruangan kapsyen turut memaklumkan baru kali ini berkesempatan menunaikan solat berjemaah selepas hampir menjalani kuarantin kendiri baru-baru ini.
“Haritu solat sorang2 je sebab kuarantin, harini baru dapat berjemaah.
“Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat,” tulisnya.
Lalu, perkongsiannya mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat keharmonian rumah tangga pasangan yang memiliki tiga orang cahaya mata ini.
Sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih sejuta kali peminat bersama-sama ribuan komen yang ditinggalkan.
Dalam perkembangan lain, Aeril kini muncul menerusi drama Tercipta Satu Ikatan bergandingan sama Hannah Delisha yang bersiaran menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seiring dengan perkembangan dunia digital yang kian pesat berkembang di seluruh dunia, Digital Content Connection (DCC) mengambil inesiatif dengan menjalin hubungan bersama ACE Pictures menerusi sebuah perjanjian kerjasama.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Malah, diharapkan kerjasama ini akan memberi ruang buat pengkarya untuk mempersembahkan naskhah mereka dalam skop yang lebih luas.
DCC akan menggalas tanggungjawab dengan mewujudkan sistem sokongan bagi memberikan nasihat serta pandangan dalam pembangunan projek filem untuk pembikin filem.
Sementara ACE Pictures pula akan mengenalpasti, seterusnya membuat kajian dan menyediakan dana kepada projek yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan agar menarik minat pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures, Johnny Chang, melihat kolaborasi ini sebagai satu kerjasama menarik dan optimis di dalam memberi impak baik buat pengkarya filem tempatan.
“Kami teruja dengan jalinan kerjasama ini. Gabungan antara dua teraju ini diharap dapat dapat membantu mengetengahkan karya penerbit filem tempatan yang mempunyai kualiti terbaik dalam naskah mereka di peringkat antarabangsa.
“Kami bukan sekadar mahu menyediakan dana semata-mata, sebaliknya impian kami adalah untuk untuk melihat pengkarya tempatan menggapai kejayaan di peringkat global, di mata dunia,” katanya.
Johnny Chang berkata demikian pada sidang media yang telah pun berlangsung di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Terdahulu, DCC merupakan sebuah organisasi baru yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.
Syarikat berkenaan mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Content Connection, Datuk Raja Aznil Raja Hisham pula sebolehnya mahu memberi peluang besar buat pengkarya berkualiti untuk mempersembahkan karya mereka tetapi tersekat atas kekangan dana.
“Tidak dinafikan, masalah kekurangan dana menjadi sesuatu yang sering diperkatakan dan sebolehnya kami mahu meringankan ia dengan membantu dengan cara tersendiri.
“Selain mahu memasarkan Malaysia sebagai rakan kolaborasi ideal untuk hub kreatif dan kandungan digital, DCC juga akan terlibat dalam meningkatkan kemahiran serta teknologi.
“Ia penting bagi memudahkan pengeluaran filem, kesan efek khas, animasi, permainan dan banyak lagi,” maklum Aznil.
Di majlis yang berlangsung, ‘media presentation’ untuk Digital Content Connection (DCC) juga turut dipertontonkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota Senario dan pelakon, Lan Pet Pet, bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan bersama keluarganya.
Lan, atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, pada masa sama...