Penyanyi, Syura Badron meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan ada menerima mesej daripada seorang individu yang mempertikai caranya memulakan bisnes dan mempunyai produk sendiri.

Jelas individu berkenaan, dia berasa agak hairan melihat pencapaian tersebut kerana merasakan Syura bukanlah seorang artis yang popular dan memiliki tawaran kerja yang banyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

 “Nak tanyalah, betul ke Charmant tu awak punya. Takkanlah awak mampu nak buat produk sendiri?

“Awak bukan popular pun. Job pun takda sangat kan? Ke ada sugar daddy support?,” tulisnya.

Enggan melatah, Syura sebaliknya menafikan perkara tersebut selain turut menyifatkan dia juga sedar akan tempatnya di dalam industri seni tanah air.

IKLAN

“Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila di fitnah macam ni.

“Rezeki saya dalam bidang seni, tidak menyebelahi saya. Kabel pun takda tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat berlakon, melawak, hosting semua saya buat.

”Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni tapi at least saya berjuang untuk cari rezeki. Bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu,” jelasnya.

IKLAN

Lantaran itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini mendedahkan dia telah memulakan perusahaan itu dengan duit simpanannya sepanjang bergelar anak seni dari dulu sehingga sekarang.

“@charmant_hq tu saya yang bina dengan hasil saving saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri. Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.

“Mendoakan lebih baik dari memfitnah macam ni. Tak apalah, kata-kat awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Syura turut berharap agar dakwaan fitnah tersebut dapat dihentikan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga akan terus sukses selepas ini.

“Rezeki Dalam Bidang Seni Tak Menyebelahi Saya,” – Kini Ada Bisnes & Produk Sendiri, Syura Badron Didakwa Dijaga Sugar Daddy? “Rezeki Dalam Bidang Seni Tak Menyebelahi Saya,” – Kini Ada Bisnes & Produk Sendiri, Syura Badron Didakwa Dijaga Sugar Daddy? “Rezeki Dalam Bidang Seni Tak Menyebelahi Saya,” – Kini Ada Bisnes & Produk Sendiri, Syura Badron Didakwa Dijaga Sugar Daddy?

Sumber: Instagram Syura Badron

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI