Penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber dikhabarkan bakal meneruskan konsert jelajahnya, Justice World Tour dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Justin, 28, terpaksa menunda beberapa siri konsert yang telah dijadualkan selepas dia disahkan menghidap penyakit Ramsay-Hunt Syndrome pada bulan lalu.
Justin akan terbang ke Itali untuk mengadakan persembahan di Itali pada 31 Julai ini sebelum kembali meneruskan jelajahnya ke negara-negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.
Terdahulu, penyanyi lagu Ghost itu mengejutkan peminat seluruh dunia apabila tiba-tiba mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai serangan virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.
Susulan penyakit itu, Justin terpaksa menunda beberapa konsert jelajah di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.
Ads
Justin bakal menjayakan persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.
Penyanyi Jennifer Lopez mengesahkan dia kini sudah bergelar isteri kepada aktor Ben Affleck pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo.
Dalam perkongsian tersebut, Jennifer turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
“Kami dah berkahwin. Cinta adalah satu perasaan yang sungguh indah dan ini adalah hasil kesabaran kami selama 20 tahun.
“Malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur untuk mendaftar perkahwinan bersama empat pasangan lain demi satu tujuan yang sama.
“Perkara yang paling penting dalam perkahwinan ialah kami berjanji untuk saling mencintai, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.
“Ini merupakan malam terindah buat kami,” kata JLo.
Pasangan ini berkahwin di Little White Wedding Chapel yang dikenali sebagai lokasi perkahwinan popular buat pasangan yang ingin mengadakan majlis secara ekspres dan sederhana.
Jennifer dan Ben yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.
Sebelum ini, Jennifer, 53, dan Ben, 50, pernah bertunang pada 2002 namun putus sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Selepas perpisahan itu, Ben kemudiannya berkahwin dengan aktres Jennifer Garner dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Manakala JLo berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mempunyai sepasang kembar iaitu Emme dan Max.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama Melur Untuk Firdaus yang baru sahaja melabuhkan tirainya nyata telah menaikkan populariti pelakon baru, Meerqeen bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara seberang.
Selepas lakonannya menerima pujian ramai, kini single pertamanya pula yang berjudul Menunggu turut merasai impaknya.
Menurut Meerqeen, dia sendiri tidak menyangka lagu yang telah dilancarkan hampir 10 bulan yang lalu kini kembali hangat diperkatakan.
“Betul ke lagu ni dah viral dekat Indonesia? Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka. Sambutan di Malaysia sebelum ini pun hanya biasa-biasa sahaja.
“Mungkin lagu itu kena dengan citarasa orang di sana kerana ia mengisahkan mengenai orang yang ditinggalkan. Mungkin juga itu yang membuatkan mereka suka.
“Sejujurnya saya sangat gembira dengan penerimaan mereka terhadap lagu saya. Di Tik Tok pun saya dah mula nampak ramai yang buat konten menggunakan lagu itu. Saya terharu,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya adakah dia bakal melancarkan single seterusnya dalam dalam masa terdekat, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu memberitahu, dia ketika ini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang lakonkan terlebih dahulu.
“Mungkin ada yang belum tahu, sebelum meceburkan diri di dalam dunia seni, minat saya sebenarnya lebih cenderung terhadap bidang nyanyian. Namun, saya percaya perancangan Allah jauh lebih baik.
“Disaat saya mula melangkah di dalam industri ini, saya menemukan cinta baru iaitu bidang lakonan. Walaupun, kedua-dua bidang ini saya suka, saya harus beri keutamaan terhadap dunia lakonan dahulu.
“Untuk teruskan projek nyanyian pula, mungkin kena tunggu dulu dan masanya bukan sekarang,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini juga mengakui terbuka jika diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya lakonan ke negara seberang.
“Insya-Allah jika diberi peluang dan mendapat tawaran di Indonesia, saya teringin juga ingin mencuba nasib di sana. Lagipun pasaran di Indonesia lebih besar berbanding Malaysia.
“Saya juga perlu berkorban masa kerana seperti yang kita tahu, sinetron di sana memakan sehingga beratus-ratus episod. Tapi saya yakin saya boleh lakukannya.
“Kalau ikutkan saya sudah ada perancangan, cuma saya tidak berani untuk bercakap lebih. Buat masa ini, saya hanya mendapat jemputan untuk menghadiri beberapa program talkshow di sana, akhirinya.
Sekadar informasi, Menunggu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis lagu, Aliff Iskandar.
Sehingga kini, lagu terbitan Indigital Music telah pun meraih hampir 500,000 jumlah tontonan di aplikasi Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin menzahirkan rasa syukur dan terharunya selepas menjadi penerima Ma laysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards, Sabtu lalu.
Berterima kasih atas penghargaan yang diberikan, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang atas sukses yang dilakar.
“Faz bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas pengiktirafan sebagai Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards pada hari Sabtu lepas.
“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” tulisnya menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Fazura pada masa sama terharu atas dedikasi buat abangnya, Ahmad Faiz yang banyak memberikan tunjuk ajar sejak sedekad lalu.
“Faz juga disini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang merupakan mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad yang lalu. Banyak yang telah kami lalui bersama.
“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua. Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all.
“Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua. Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama, mudah-mudahan. Amin,” titipnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen rakan artis dan peminat turut sama memberikan ucapan tahniah buat Fazura termasuk suami tercinta, Fattah Amin.
“You deserved it Mommy. Mommy kerja kuat,” komen yang ditinggalkan Fattah menerusi entri berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.