Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini hampir dua minggu usianya.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad anak perempuannya itu setakat ini amat mudah untuk dijaga.
“Thank you guys, so overwhelmed. Received tons of text messages and DM tanya pasal baby and my recovery. Thank you, Baby Love doing good.
“She’s almost 2 weeks old now and Ilya rasa like she’s @talitalovegarrett growing to quick. I already miss those chubby cheek kot. So far she’s behaving. Very easy and peaceful,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang filem KL Vampires itu juga kini sedang dalam fasa pantang selepas bersalin secara pembedahan.
Ads
“Ilya pula still recovering from the surgery. Ramai nak tahu kenapa Ilya end up kat hospital dengan berwayar-wayar kat tangan. Nanti Ilya buat seperate video, panjang nak cerita nanti.
“Thank you for your love & support tau guys. So sorry kalau Ilya tak respond to messages or lambat. Faham-faham saja laa i don’t have much time in hand at the moment,” tulisnya lagi.
Kredibiliti Mas Idayu sebagai penyanyi berpengalaman telah membuatkan namanya sering kali dijemput menjadi juri untuk pelbagai program realiti nyanyian.
Terbaharu, Mas Idayu diberi peranan menduduki kerusi juri untuk program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar Xtra yang bersiaran pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ceria.
Dikenali seorang yang cukup lantang dan tegas dalam memberikan komen, kali ini ramai netizen memberi reaksi pelbagai susulan ‘tegurannya’ terhadap seorang peserta kanak-kanak perempuan.
Teguran ‘kasar’ yang tular di media sosial itu pantas mendapat kritikan yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan kanak-kanak tersebut yang dilihat mengalirkan air mata.
“Awak tadi menari ke apa awak buat okay, tapi ini pentas nyanyian! Awak kena menyanyi!
“Jangan suka-suka awak nak buat benda yang macam tadi itu tapi nyanyian awak semua rosak!” kata Mas Idayu dalam nada suara yang agak tinggi. .
Menjengah ruangan komen, ramai juga warganet seakan kurang berkenan dengan tindakan Mas Idayu dalam potongan video tersebut.
“Tak jadi Ceria Popstar, jadi derita Popstar.
“Apalah perasaan mak dia tengok anak kena marah macam ini.
“Peliklah, kenapa perlu menengking?”
“Ini dera emosi ke,” komen sebahagian netizen.
Bagaimanapun, jangan cepat salah sangka tanpa mengetahui cerita yang sebenar dengan hanya berdasarkan sedutan video yang telah dipotong keseluruhan babaknya.
Jika sesiapa yang menonton rancangan tersebut pada Rabu lalu, ternyata herdikan Mas Idayu itu cuma adalah lakonan semata-mata.
Ini kerana, peserta yang dikenali sebagai Dhiyaa itu merupakan pelakon cilik yang sudah banyak membintangi drama tempatan.
Selepas membuat persembahan, Dhiyaa telah dicabar untuk melakonkan watak air mata dan dia memerlukan seseorang untuk ‘memarahinya’ bagi mendapatkan mood sedih tersebut.
Sebaik Mas Idayu mula ‘mengherdiknya’, dapat dilihat Dhiyaa mula menitiskan air mata sekali gus membuktikan dirinya bukan calang-calang pelakon cilik.
Ceria Popstar Xtra merupakan program mencari pelapis penyanyi generasi baharu dan antara peserta yang turut mengambil bahagian pada musim ini ialah anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani.
Program itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.Selain Mas Idayu, peranan juri tetap turut digalas pelawak dan penyampai radio, Johan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan terujanya apabila naskhah berkenaan kini terus melakar sukses yang tersendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang dikemas kini, Syamsul, 38, mendedahkan filem epik tersebut dijangka mengatasi filem kutipan filemMunafik 2, sebelum ini.
Filem genre seram tahun 2018 yang turut diarahkannya itu sebelum ini mengutip kira-kira RM48 juta.
“Allahuakhbar. Mat Kilau is the fastest film to reach Rm 47 million in just 11 days. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (Rm 48 million).
“Hilang kata, limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara.
“Filem No 1 Malaysia two weeks in a row. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu ke 2,” tulisnya.
Syamsul turut mencoretkan dedikasi sama menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan Mat Kilau sebagai filem tempatan paling laku setakat ini mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Munafik 2.
“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!
“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” tulis GSC menerusi ciapan di Twitter.
TERIMA KASIH MALAYSIA 🇲🇾 Filem #MatKilau kini adalah filem tempatan TERBESAR, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39juta! 💥
Thank you guys for all your support! Siapa yang tak tengok lagi tu jom serbu wayang sekarang! 💛 pic.twitter.com/0LF2kbIDjI
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara itu mengangkat kisah epik sejarah pahlawan Mat Kilau dan rakan-rakannya dalam perjuangan menentang penjajahan British di Pahang.
Filem berskala besar itu dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan Asa’ri, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Nabila Huda percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik meskipun dia kini masih belum dikurniakan zuriat selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar.
Menurut Nabila, dia bersama suami sudah pun membuat pemeriksaan dengan pihak doktor dan hasilnya mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
“Saya dah berkahwin hampir tujuh tahun. Siapa je tak mahukan anak? Saya memang mahukan anak lagi. Keisha pun dah besar. Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan setiap tahun ada zuriat.
“Kita dah pun berusaha dan mencuba yang terbaik tapi rezeki itu belum sampai lagi. Saya dan suami sudah pun buat pemeriksaan. Doktor kata kami tiada masalah.
“Mungkin Allah tahu bila masanya yang sesuai. Siapa tahu tahun depan saya dah mulai beranak pinak. Kita aminkan sahaja,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan miliknya, Frutti Tutti di ibu kota pada Sabtu.
Pada masa sama, Nabila memaklumkan dia juga tidak bercadang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai altenatif untuk memiliki zuriat.
“Saya tidak mahu buat IVF sebab saya dah pernah beranak. Jalannya sudah ada. Jadi, saya rasa tak perlu. Suami saya pun tak sarankan saya buat IVF. Dia kata kenapa nak sakitkan diri saya?
“Kalau para isteri yang ada waktu lapang dan menjadi suri rumah sepenuh masa, mungkin okay bagi mereka untuk duduk dan berehat sahaja. Tapi saya tak boleh macam tu.
“Ramai yang cadangkan saya untuk buat IVF tapi sebolehnya saya tidak mahu. Buat masa sekarang, saya dengar apa kata suami saya walaupun saya tak pernah lalui prosedur tersebut.
“Katanya IVF itu menyakitkan untuk saya tanggung. Kemudian bila berjumpa dengan orang yang berpengalaman, mereka juga kata perkara yang sama.
“Ada juga yang mengalami rasa sakit yang teruk dan rasa seperti terseksa tapi sebab mahukan anak, mereka lalui sahaja. Mungkin itu bahagian dan kisah mereka,” jelasnya lagi.
Jelas Nabila lagi, dia sentiasa mahu kekal positif dan menganggap tempoh ini sebagai waktu untuk mereka berbulan madu.
“Saya mahu kekal positif. Tak mungkin saya tak boleh beranak lagi. Sebab saya dan pernah mengandung. Kalau yang tak pernah tu, kita faham mungkin ada masalah mereka sendiri.
“Jadi, saya akan terus sabar menunggu. Kalau tiada, kami akan teruskan sahaja fasa honeymoon ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, Nabila dan Mohd Izwan telah mendirikan rumah tangga pada di Disember 2015.
Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini sudah berusia 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!