Krisdayanti merupakan diva Indonesia yang begitu popular bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia beliau antara penyanyi seberang yang lagu-lagunya menjadi halwa telinga. Namu tahukah anda selain bergelar penyanyi dan pelakon, Krisdayanti juga merupakan seorang ahli politik di Indonesia.

Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan wakil rakyat yang mewakili Partai Demokrasi Indonesia perjuangan. Dia kini dilihat aktif dalam memperjuangkan suara rakyat selain cakna dalam urusan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.

Kain batik yang diolah menjadi busana moden yang cukup memikat.

Menariknya tentang pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini adalah gayanya yang cukup bangga menggayakan busana berasaskan batik setiapkali menuju ke dewan perwakilan rakyat. Kain batik cantik diolah menjadi busana moden namun masih lagi mengangkat tinggi seni budaya Indonesia.

Bahkan kalau bukan ke dewan perwakilan sekalipun pemilihan kain batik sebagai fabrik asas kepada gayanya merupakan satu ‘statement’ fesyen yang menarik perhatian. Keindahan kain batik jelas terserlah apabila diolah dalam paduan nuansa moden dan stail yang kekinian.

Wanita berusia 46 tahun ini berpendapat, “Seni dan politik boleh berkolaboratif dengan harmoni, begitu juga dengan budaya. Bangga mengenakan batik dalam kegiatan politik  merupakan satu upaya mencintai budaya Indonesia.”

kain batik bermotif parang.

Kain batik Cirebon yang diolah menjadi dress moden hasil rekaan pereka fesyen Ivan Gunawan.

Sut yang dihasilkan dari kain batik bukan sahaja kelihatan menarik bahkan tampil lain dari yang lain.
Kain batik pekalongan yang diolah menjadi shirtdress. Potongan dan peletakan corak yang tepat menjadikan busana ini lebih mahal.

Krisdayanti sangat bangga mengenakan busana berasaskan kain batik dan sebelum ini dalam satu hantaran di Instagramnya dia ada berkata, “Kenakan batikmu dengan bangga sebagai bentuk identiti bangsa dan warisan budaya Indonesia.”

Sumber gambar: Instagram Krisdayanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI