Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya, SimplySiti mengambil pendirian terbuka apabila memilih gadis tidak berhijab, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai wajah wakilan produk berkenaan.

Menurut Siti, 42, para peminat yang mengikuti perkembangan dirinya sejak dulu sudah mengetahui mengenai personaliti yang dibawa ibu kepada dua cahaya mata ini.

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab “Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Kalau ikutkan asalnya saya pun memang tak berhijab dan seterusnya saya berhijrah dan berhijab. Tetapi untuk satu jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka.

“Lebih-lebih lagi apabila saya mempunyai ‘followers’ yang mengikuti perkembangan saya sejak dulu hingga kini.

“Jadi mereka sudah sedia maklum mengenai imej saya. Akan tetapi dalam ‘mencuri’ hati anak-anak muda, kami percaya Zahra memang sesuai untuk mewakili mereka,” katannya.

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

IKLAN

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur, pada Rabu.

“Berhijab atau tidak bukan faktornya. Itu personal seseorang di mana dia akan buat keputusan untuk dirinya satu masa nanti.

”Tetapi untuk membawa nama SimplySiti itu, saya senang memilih individu yang ada keperibadian, wajah dan kebijaksanaan untuk menarik generasi baharu seperti Zahra untuk mengenali produk saya,” katanya lagi.

Terdahulu menerusi lebih 700 penyertaan dalam Pencarian Wajah SimplySiti, penyanyi Anta Permana ini turut mempunyai alasan tersendiri memilih gadis berkenaan sebagai duta produknya itu.

IKLAN

Tambahnya lagi, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat bagi mendalami mengenai produk dan perniagaan dalam misi menjadi usahawan berjaya.

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab“Dia perlu didedahkan dengan lebih banyak ilmu berhubung produk dan perniagaan bukan semata-mata sebagai duta sahaja yang mempromosikan diri dengan produk dalam media sosial,” katanya.

Zahra merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UITM).

IKLAN

Siti pada masa sama tidak menghalang sekiranya Zahra mempunyai peluang berlakon selepas ini selagi sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai duta produk.

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak Berhijab

“Mereka Sudah Sedia Maklum Mengenai Imej Saya,” – Lantik Zahra Sebagai Duta SimplySiti, Tok Ti Jawab Sebab Pilih Gadis Tak BerhijabRangkaian baharu kosmetik ini sudah berada di pasaran sejak September lalu dengan menampilkan koleksi solekan terdiri daripada SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation dan Powder Blush.

Selain itu rangkaian gincu dengan 3 kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing, Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eyebrow Pencil dalam rona hitam dan coklat serta Micellar Water turut ditawarkan kepada pembeli.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010 merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim. Ia menjadi pilihan wanita Islam di Asia.

Jenama ini mencerminkan gaya hidupnya yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI