Pelakon, Nur Fazura menzahirkan rasa terharu selepas Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mengenakan tudung keluaran jenamanya sewaktu berangkat ke majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Rabu.
Menurut Fazura, dia sememangnya amat berbesar hati diatas tanda sokongan tersebut selain turut menyifatkan Tengku Permaisuri Selangor kelihatan amat cantik dan menawan sewaktu menggayakan tudung tersebut.
Malah, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini turut memuji sikap merendah diri Tunku Permaisuri Norashikin yang dilihat selesa mengenakan tudung yang dijual dengan harga kurang daripada RM30 setiap satu itu.
“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menee sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dikesempatan itu juga, Fazura turut dilihat merakamkan ucapan penghargaannya selain turut menitipkan doa semoga Tunku Permaisuri Norashikin setiasa berada didalam rahmat Allah SWT.
“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.
“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” luahnya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut tumpang gembira malah, mereka juga turut berharap agar jenama tudung keluaran Fazura akan bertambah sukses pada masa akan datang.
“Wow, such an honour.
“Sungguh rupawan permaisuri negeri saya.
Ads
“Baca Kak Faz punya ayat dah boleh terngiang-ngiang cara dia bercakap. Love Kak Faz.
“MasyaAllah, bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri. Kelihatan sangat jelita dan eksklusif. Alhamdulillah dan syabas,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sekadar informasi, Fazura telah melancarkan jenama tudung keluaranya sendiri pada Julai lalu.
Malah, pada bulan Ogos, tudung keluaran Fazura yang berharga RM27 telah berjaya dijual sebanyak 80,000 helai dalam masa kurang daripada dua jam.
Sumber: Instagram Nur Fazura & Selangor Royal Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Band mengakui lagu baharu mereka yang berjudul FYP dihasilkan khusus bagi menegur segelintir golongan penunggang agama dan penipu yang sanggup mengejar populariti demi ‘For You Page’ (FYP) di media sosial.
Vokalisnya kumpulan berkenaan yang juga komposer, Aepul Roza berkata, teguran secara berkias itu adalah wajar dan dia juga geram apabila maruah agama yang tinggi darjatnya dicemari dengan perkara yang tidak baik.
“Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah tujuan kami (Drama Band) untuk hadir menegur dalam lagu, sekali gus mesejnya dapat sampai menerusi lirik ditulis dan muzik video dipaparkan secara terus kepada masyarakat.
“Kami tidak menyebut nama sesiapa pun, tetapi isu sosial sebegini memang wujud dalam kehidupan nyata masyarakat sekarang yang begitu terdedah dengan media sosial,” katanya.
Aepul berkata demikian di samping anggota kumpulan yang lain ditemui pada Majlis Sidang Media FYP Drama Band di Rusa Cafe, Puchong, baru-baru ini.
Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Muhd Zalaludin menambah, terdapat beberapa watak yang ingin difokuskan di dalam penghasilan muzik video FYP.
“Ada banyak golongan ‘pemain’ untuk FYP di media sosial sebenarnya, tetapi yang kita mahu fokuskan untuk muzik video lagu ini adalah watak penunggang agama dan juga penipu.
“Sekarang ramai sangat orang kejar populariti daripada FYP. Mereka sanggup gunakan apa saja cara, tak kisahlah ‘kotor’ sekalipun asalkan dapat FYP di media sosial seperti TikTok,” katanya lagi.
Lebih sebulan dilancarkan, muzik video FYP sudah mencatat hampir 400,000 tontonan di YouTube.
Selain Aepul, Drama Band dianggotai oleh Daus sebagai pemain gitar bass, Faeez Ikhwan (dram) Padel (gitar) Adib (gitar) dan Ome (keyboard).
FYP hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Aepul juga menjadi antara lagu dimuatkan dalam album sulung Drama Band berjudul Drama.
Ia mempunyai 21 lagu, termasuk yang dijual secara cakera padat (CD) sebanyak 3,000 unit selain di pelantar digital.
Lebih istimewa, Drama Band juga membuat pengumuman penganjuran Konsert The Hardest Malam Drama yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan dengan harga tiket antara RM79 hingga RM179.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram Drama Band, pihaknya melakukan promosi potongan sebanyak 30 peratus bagi kesemua kategori tempat duduk tiket sehingga hari ini.
Terbaru pelakon jelita Nora Danish telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia 37 tahun itu telah berkongsi gambar ketika dia bersama krew produksi untuk sebuah drama lakonannya di laman media sosial tersebut.
“#imaan & her beloved technical team. Abang Wak Lu (1st camera) , Keown (2nd camera) , Yoy , Shafiq , Arif (lights crew) , & along (sound). Thank u for the hard & amazing work untuk mencantikkan kami di skrin Abang Abang semua. Mwahhhhh. Semoga anda semua dirahmati Allah. #imaan #lastday #Ramadhan”tulinsya.
Oleh itu, perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu telah mendapat perhatian peminat.
Lalu, peminat telah memuji tindakan pelakon itu yang sentiasa menghargai orang di belakang tabir.
“Tak pernah tak appreciate orang belakang tabir. Ni la satu2 nya artis yg tak pernah menyombong atau sentiasa bersama dengan orang belakang tabir. Sgt akrab”tulis individu tersebut.
Wah, baguslah Nora sentiasa bersikap rendah diri dan menghargai orang berkerja di belakang tabir.
Selepas sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Ayu, pelakon Fendy Bakry ada berkongsi beberapa foto bersempena hari bahagianya yang berlangsung pada Ahad malam.
Menerusi posting terbarunya di Instagram, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri turut mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan semua buatnya dan isteri.
Malah, bintang Mr Grey ini juga turut akui masih tidak menyangka dirinya sudah pun selamat menjadi suami orang.
“Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.
“Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.
“Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha. Tak pernah terlintas difikiran. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.
“Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.
“Last minute punya persediaan weh,” tulis Fendy sambil turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
“Alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua. Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.
“Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ).
“Apa2 terima kasih mendoakan sy, terutama @fendynisme yang sentiasa ada. Teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.’
“Kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya. Love u lahhhh! Terima kasih semua,” Ucapnya panjang lebar.
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.