Biarpun belum ditayangkan di pawagam tempatan, filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha terpilih dalam kelompok lapan filem Asia yang layak merebut trofi Filem Cereka Terbaik pada Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung bulan depan.

Filem cinta yang menerapkan elemen fiksyen sains itu bakal bersaing dengan tujuh judul lain iaitu Look At Me (Singapura), Reclaim (Taiwan), One and Four (Tibet), Angry Son (Jepun), The Sales Girl (Mongolia), Fast & Feel Love (Thailand) dan Perhaps Love (Korea).

Lebih mengujakan, filem Imaginur yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle akan dipertontonkan buat kali pertama di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York, pada 23 Julai ini.

Belum Lagi Ditayangkan Di Malaysia, Imaginur Dapat Tempat Bertanding Di Festival Filem Asia New York 2022

Menyedari tujuh filem lain terutama dari Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand hebat-hebat belaka, Nik Amir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi kategori tersebut.

IKLAN

“Saya sedar, peluang untuk menang pasti sengit. Namun, berjaya disenaraikan dalam kategori Filem Cereka Terbaik sudah cukup menggembirakan kami.

“Sekiranya Imaginur dipilih sebagai pemenang, tentu sekali kami sangat bersyukur.

“Sebenarnya, berada dalam kelompok lapan yang terbaik pun sudah cukup membanggakan kami.

IKLAN

Belum Lagi Ditayangkan Di Malaysia, Imaginur Dapat Tempat Bertanding Di Festival Filem Asia New York 2022

“Namun, kami mengharapkan yang terbaik kerana menjadi wakil sulung dari Malaysia ke NYAFF 2022,” katanya.

IKLAN

Filem Imaginur mula menjalani penggambaran pada Mac 2020, namun, terpaksa ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.

Imaginur berkisar kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI