Tahniah diucapkan buat penyanyi yang popular dengan lagu Kucu Kucu Kuca, Lia Aziz sah bergelar isteri selepas diijabkabulkan dengan pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar, 24, di Masjid Al-Amin, Puchong, Selangor pada jam 9 pagi, Sabtu.
Dengan sekali lafaz, pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Terdahulu, Lia atau nama sebenarnya, Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19, berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia sudah bergelar tunangan orang sejak Januari lalu.
Dalam hantaran tersebut, Lia mengharapkan agar perjalanan melayari bahtera rumah tangga berjalan dengan baik, selain turut berkongsi beberapa foto di sekitar majlis pertunangannya.
“Hari pertunangan, enam bulan yang lalu. Alhamdulillah, satu langkah lagi makin hampir.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk melangkah ke fasa seterusnya,” tulisnya.
Seiring kematangan usia dan kerjaya lebih 20 tahun dalam bidang lakonan, Datuk Aaron Aziz kini mengorak langkah dengan terbabit dalam bidang perniagaan pula.
Melancarkan pelbagai produk di bawah jenamanya sendiri, Aaron,45, juga menjadi antara penerima Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA), baru-baru ini.
Terbaharu, Aaron muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21.
Menurut Aaron, Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.
“Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula.
“Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.
“Didatangkan dengan jaminan kualiti terbaik, saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya.
“Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu dalam lingkungan RM100 dan ke atas,” katanya.
Menariknya juga, koleksi itu didatangkan dengan lima rekaan dengan setiap satu menceritakan kisah dan perjalanan hidup bintang berkenaan dari dulu sehingga sekarang.
“Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh keperitan atau boleh dikatakan zaman jahiliah.
“Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan.
“Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu. Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri.
“Walaupun ada ketika dipandang hina, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah. Itulah yang saya buat sehingga berada pada tahap sekarang.
“Betul, nak menjadi baik bukan senang. Tapi, bagi saya paling penting adalah pegangan diri perlu kuat selain saya sentiasa berfikiran positif.
“Jadi, kesemua koleksi ini sangat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Saya mahu setiap orang memilikinya dan menjadikan ia koleksi peribadi.
“Mungkin ada antara mereka juga mempunyai cerita sama seperti saya,” katanya.
Hombre 21 juga memiliki rekaan Islamik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada rekaan jenama lain dan boleh didapati di www.hombre21.store.
Dalam perkembangan lain, Aaron terbabit dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd dan bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3.
Drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof dan ramai lagi.
Dalam masa sama, Aaron juga terbabit dalam penggambaran drama Undercover terbitan Skop Production juga untuk siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Jovian Mandagie hari ini mengumumkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara jenama fesyennya, Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear setelah 17 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen.
Berita tersebut dikongsikan oleh figura berpengaruh dalam dunia fesyen di Malaysia ini pada Khamis, 9 Mei 2024 menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya.
“Setelah tempoh 17 tahun yang mengagumkan dalam dunia fesyen bersama Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear. Bersama dengan pasukan yang hebat dan pelbagai peluang.
“Saya telah mendapat keistimewaan untuk mereka pakaian buat golongan elit dan kerabat diraja dari seluruh dunia. Kami telah melancarkan pelbagai koleksi dan menggayakan jutaan rakyat Malaysia.
“Meneroka pelbagai kategori fesyen dan membawa idea liar saya menjadi kenyataan. Ia merupakan kegembiraan bagi saya untuk melayan anda semua, Jovianista,” ujarnya panjang mengimbau memori dalam sepanjang berniaga fesyen.
Menerangkan lebih lanjut mengenai keputusannya, bapa kepada seorang cahaya mata ini menyatakan perubahan yang dilaluinya sebagai seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan.
“Seiring dengan peredaran masa, saya menyedari yang saya sudah bersedia untuk satu perubahan, untuk meneroka apa yang sebenarnya mengujakan saya. Dunia fesyen sentiasa berubah, begitu juga saya yang berubah dari seorang pereka fesyen kepada ahli perniagaan.
“Dengan perkara ini diminda, kami telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di jenama Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear.
“Kami akan menutup perniagaan ini dalam masa dua minggu, jadi kami mengajak anda untuk membeli-belah dengan kami buat kali terakhir sebelum kami melabuhkan tirai,” tambahnya lagi.
Walaupun begitu, pereka fesyen berusia 37 tahun ini menyatakan bahawa jenamanya mungkin akan membuat kemunculan semula suatu hari nanti, cuma dalam skala yang lebih besar dan lebih baik.
Imbas kembali, Datuk Jovian Mandagie memulakan jenama fesyennya ketika berusia 20 tahun dan ketika itu beliau melayan pelanggannya dari rumah ke rumah, sehinggalah beliau mampu melebarkan jenamanya dengan lebih besar dan memiliki butik di bandar-bandar terkemuka di Malaysia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan anak lelakinya Nor Ahmet Al Reaggan kini sedang dirawatan di hospital selepas doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di bahagian paru-parunya.
Menurut Rebecca, sejak daripada semalam, dia tidak dapat melelapkan matanya bila mengenangkan mengenai keadaan anaknya itu.
“Assalammualaikum doakan anak mummy Baby @ahmetreaggan di hospital sekarang. Ada jangkitan di paru-paru sebelah kiri. Ohhhhh my jantung, Allah bersamamu anakku.
“Mummy tak tido dari 2 pagi. Semoga Allah SWT kuatkan mummy juga. Lepasni kena lari skejap ada big meeting melibatkan ramai orang sebab dah janji. InsyaAllah jika diizinkan Mummy sampai,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lapan orang cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Rebecca turut merakamkan ucapan penghargaannya buat seluruh petugas hospital yang telah menjagavdan merawat anaknya itu dengan baik.
“Baby @ahmetreaggan InsyaAllah strong dan akan dijaga sekejap dengan papa.
Apa-apa pun thank you Dato DR Vernon and all nurses. The best pakar kanak-kanak di Malaysia,” kongsinya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Allahuakbar, semoga baby Ahmed cepat sembuh.
“Semoga terus kuat mummy. Semoga anak diberikan kesembuhan.
“Semoga lekas sembuh. Tengah musim ni Datin. Anak-anak saya baru baik minggu lepas.
“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan sepenuhnya untuk sihat, selamat dan sentiasa dalam rahmat Allah.
“Anak saya baru keluar hospital. Kes yang sama. Tengah musim kak. Semoga terus kuat yaaa,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rebecca Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan teguran yang dibuat terhadap pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial, pelakon Diana Danielle dilihat telah dikecam hebat netizen di apliaksi Tik Tok.