Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal malah mengakui dia kini bagaikan mendapat semangat baharu selepas melalui dugaan berat dalam menjalani kehidupan berumah tangga sebelum ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, Shuhada berkata dia turut ingin mengubah persepsi ramai yang sering melabelkan gelaran ibu tunggal dengan pelbagai stigma negatif.

“Thank you sebab terus support saya dalam transition hidup saya yang paling mencabar ni. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan mulakan hidup sebagai single mother.

“Saya nak keluar daripada pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi ornag yang meminta-minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak-anak.

“Jadi semua mesti faham yang tiada apa lagi penting daripada ketenangan hidup dan rahmat Allah dalam meniti kehidupan yang tidak kekal ni.

“Saya berani cakpa, saya tak pernah semangat macam mana saya semangat saat ni,” tulis Shuhada.

Shu yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah tangga turut berkata dia kini berasa lebih yakin untuk terus berdikari meneruskan kehidupannya selepas ini.

IKLAN

“Tamparan hebat ini buat saya yakin yang saya kena lebih kental dan lebih berdikari. I will get through this!” tulisnya lagi.

Bekas Isteri Hafidz Roshdi Nekad ‘Move On’, Baginya Tiada Apa Lagi Penting Dari Ketenangan Hidup Bekas Isteri Hafidz Roshdi Nekad ‘Move On’, Baginya Tiada Apa Lagi Penting Dari Ketenangan Hidup Bekas Isteri Hafidz Roshdi Nekad ‘Move On’, Baginya Tiada Apa Lagi Penting Dari Ketenangan Hidup Bekas Isteri Hafidz Roshdi Nekad ‘Move On’, Baginya Tiada Apa Lagi Penting Dari Ketenangan Hidup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Bakal menjalankan sebuah perniagaan menggunakan tagline ‘Satu Tak Cukup’, Shuhada bagaimanapun masih belum mendedahkan jenis produk yang bakal dijualnya kelak.

IKLAN

“Saya bukan datang daripada keluarga berniaga tapi saya beruntung ada sahabat yang tak kedekut ilmu. Jadi saya yakin, saya boleh beri yang terbaik dengan sokongan daripada semua.

“Rezeki yang datang dari pembelian anda semua ni akan jadi asbab kebaikan dalam hidup saya sekeluarga. InsyaAllah,” tulis Shuhada lagi.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Shuhada dilaporkan akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ini.

Isu rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan selepas aktor itu didakwa curang dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Untuk rekod, Hafidz, 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI