Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menjelaskan mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan pelakon berkenaan.
Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, enggan mengulas lanjut perkara itu dan memohon diberikan ruang, lapor Harian Metro.
“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.
Ads
Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.
Ads
Imbas kembali, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Perkongsian foto terbaharu daripada pelakon Hafidz Roshdi, 29, di Instagram hari ini menjadi sorotan peminat.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, memaparkan Hafidz sedang mengisi masa bersama dua anaknya, Humairah, 6 dan Umar, 2, membeli barang permainan.
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal malah mengakui dia kini bagaikan mendapat semangat baharu selepas melalui dugaan berat dalam menjalani kehidupan berumah tangga sebelum ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Shuhada berkata dia turut ingin mengubah persepsi ramai yang sering melabelkan gelaran ibu tunggal dengan pelbagai stigma negatif.
“Thank you sebab terus support saya dalam transition hidup saya yang paling mencabar ni. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan mulakan hidup sebagai single mother.
“Saya nak keluar daripada pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi ornag yang meminta-minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak-anak.
“Jadi semua mesti faham yang tiada apa lagi penting daripada ketenangan hidup dan rahmat Allah dalam meniti kehidupan yang tidak kekal ni.
“Saya berani cakpa, saya tak pernah semangat macam mana saya semangat saat ni,” tulis Shuhada.
Shu yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah tangga turut berkata dia kini berasa lebih yakin untuk terus berdikari meneruskan kehidupannya selepas ini.
“Tamparan hebat ini buat saya yakin yang saya kena lebih kental dan lebih berdikari. I will get through this!” tulisnya lagi.
Bakal menjalankan sebuah perniagaan menggunakan tagline ‘Satu Tak Cukup’, Shuhada bagaimanapun masih belum mendedahkan jenis produk yang bakal dijualnya kelak.
“Saya bukan datang daripada keluarga berniaga tapi saya beruntung ada sahabat yang tak kedekut ilmu. Jadi saya yakin, saya boleh beri yang terbaik dengan sokongan daripada semua.
“Rezeki yang datang dari pembelian anda semua ni akan jadi asbab kebaikan dalam hidup saya sekeluarga. InsyaAllah,” tulis Shuhada lagi.
Terdahulu, Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.
Shuhada dilaporkan akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ini.
Isu rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan selepas aktor itu didakwa curang dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.
Untuk rekod, Hafidz, 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nadya Syahera yang baharu dilantik sebagai duta Nano Cosmetics mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada tiga cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk riviu, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 29 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media mengenai perlantikannya itu di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak Nano Cosmetics untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
“Sebelum ini saya pernah guna ketika melakukan rawatan wajah di sebuah pusat kecantikan. Sebab teruja dengan hasilnya, saya bertanya dan tak sangka rezeki kami untuk bekerjasama,” katanya lagi.
Sebagai pengenalan, pelakon drama Selepas Terlafaznya Akad itu menjadi wajah wakilan selama enam bulan.
Sementara itu, Pengurus Besar Nano Cosmetics, Nur Amalia Abdullah berkata, formulasi unik diperoleh hasil penyelidikan nanoteknologi dari pusat penyelidikan universiti tempatan dengan menghasilkan produk serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan ekstrak manggis dan nanas.
“Hasilnya kulit wajah mampu berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan anda pastinya teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat.
“Ia juga tiada bahan terlarang, tiada bahan kimia selain berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik,” katanya.
Jenama ini dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yang mana misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik berlandaskan inovasi saintifik terkini.
Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.