Grup wanita popular, Dolla akui terharu apabila kehadiran mereka di dalam industri seni tempatan mendapat respon positif sehingga ada yang mahu menjadikan mereka sebagai idola.

Menurut salah seorang anggotanya, Sabronzo, ia sememangnya satu perasaan yang luar biasa bila muzik-muzik Dolla turut disenangi oleh golongan kanak-kanak.

“Ada Yang Kata Kami Selamatkan Mereka Dari Depresi,” – Dolla Makin Semangat Nak Berkarya

“Sehingga kini, saya masih lagi macam tak percaya dengan sokong-sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat terutamanya daripada golongan muda. Ada kanak-kanak yang sangat sukakan lagu Raya Raya Raya.

“Ia memang pengalaman yang sangat luar biasa untuk kami sendiri. Kami juga gembira kerana dapat menghasilkan lagu yang disukai ramai,” katanya.

Sementara itu, Tabby pula memberitahu, dia senang apabila lagu-lagu Dolla dapat membantu orang ramai mengharungi fasa-fasa sukar di dalam hidup mereka.

IKLAN

“Saya sifatkan ia sebagai satu motivasi bila ramai yang boleh terima dengan muzik kami. Ada juga para remaja yang sampai menangis kerana sukakan lagu-lagu Dolla.

“Malah, ada diantara mereka yang mengatakan kami ini telah menyelamatkan mereka daripada depressi. Bila kami dapat dm-dm sebegitu, kami sangat berbesar hati,” kongsinya lagi.

“Ada Yang Kata Kami Selamatkan Mereka Dari Depresi,” – Dolla Makin Semangat Nak Berkarya “Ada Yang Kata Kami Selamatkan Mereka Dari Depresi,” – Dolla Makin Semangat Nak Berkarya

Dolla berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaru yang berjudul Look At This yang berlangsung di The Face Suite, Kuala Lumpur pada Khamis.

IKLAN

Dalam pada itu, Angel akui teruja apabila muzik-musik Dola dapat menjadi antara ejen penyatuan di negara ini.

“Saya berbangga dengan pencapaian Dolla sehingga ke tahap ini. Kami bermula daripada kosong dan kini semakin dikenali bukan sahaja dari kalangan bangsa Melayu tetapi bangsa-bangsa lain.

“Saya ada rakan-rakan berbangsa Cina dan mereka sebelum ini tidak mendengarkan lagu-lagu Melayu. Tapi bila mereka dengar lagu-lagu Dolla, lagu yang paling mereka minat adalah Berani.

IKLAN

“Saya sendiri tak sangka dalam banyak-banyak lagu, lagu itu juga yang menjadi pilihan mereka. Saya berharap agar muzik Dolla dapat terus mengeratkan perpaduan di negara kita. Bahasa bukanlah penghalang,” kongsinya.

“Ada Yang Kata Kami Selamatkan Mereka Dari Depresi,” – Dolla Makin Semangat Nak Berkarya “Ada Yang Kata Kami Selamatkan Mereka Dari Depresi,” – Dolla Makin Semangat Nak Berkarya

Terdahulu, Look At Me merupakan sebuah lagu yang mengangkat keyakinan para wanita agar mereka tidak mudah terkesan dengan tanggapan orang sekeliling.

Single terbaru tersebut kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik video pula akan dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran Youtube Dolla.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI