Pelakon, Aeril Zafrel menggesa kepada semua pihak untuk berhenti menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai dirinya dan keluarga.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari selepas ada pihak yang mendakwa dia dan isteri yang juga merupakan pelakon popular, Wawa Zainal telah menerima bayaran untuk mempromosikan sebuah parti politik pada pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Menurut Aeril, dia juga sudah muak dengan dakwaan yang disifatkan seperti sengaja ingin menanamkan kebencian terhadap dirinya dan isteri.

“Stop la fitnah kami. Penat dah nak explain. Yang fitnah ni dari dulu sama je, tanamkan kebencian dulu, lepas tu baru mintak maaf,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.

“Tanamkan Kebencian, Lepas Tu Minta Maaf,” – Difitnah Terima Bayaran Promote Parti Politik, Aeril Zafrel Beri Amaran “Tanamkan Kebencian, Lepas Tu Minta Maaf,” – Difitnah Terima Bayaran Promote Parti Politik, Aeril Zafrel Beri Amaran

Katanya lagi, sekiranya perkara seperti ini berulang kembali, dia tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan saman.

IKLAN

“Memang la mudah melafazkan maaf tapi kesan kepada kami tu sampai bila-bila. Tuduhan yang dilemparkan ni memang sah-sah aku bole saman tapi aku malas nak panjangkan.

“Tapi kalau lepas ni fitnah ni masih berterusan macam ni, aku memang dah stadby lawyer nak saman,” kongsinya lagi.

Terdahulu, individu yang dikatakan telah menyebarkan fitnah terhadap Aeril dan isterinya telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu ciapan di laman Instagram.

IKLAN

“Tanamkan Kebencian, Lepas Tu Minta Maaf,” – Difitnah Terima Bayaran Promote Parti Politik, Aeril Zafrel Beri Amaran “Tanamkan Kebencian, Lepas Tu Minta Maaf,” – Difitnah Terima Bayaran Promote Parti Politik, Aeril Zafrel Beri Amaran

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas Aeril menafikan segala tuduhan tersebut dan berhasrat mahu membawa hal ini ke muka pengadilan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: InsInstagram & Twitter Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI