Pelakon, Catriona Ross menzahirkan rasa syukur selepas perjalanan anak autismenya, Jammal Raess menaiki kapal terbang ketika mereka pergi bercuti telah pun dipermudahkan.

Menurut Catriona, kali terakhir anaknya itu menaiki kapal terbang adalah ketika usianya masih dua tahun kira-kira lapan tahun yang lalu.

Katanya lagi, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk membawa anaknya itu menaiki pesawat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

“Segala pujian bagi Allah. Alhamdulillah. Anak lelaki kami berjaya melakukannya. Walaupun hanya satu jam, perjalanan menaiki kapal terbang kadang kala boleh menakutkan anak-anak istimewa.

“Sesetengah daripada mereka mungkin akan rasa sesak nafas kerana fobia dengan tempat sempit, ada yang akan rasa gelisah kerana terkunci di tempat duduk.

“Dalam hal kami, anak lelaki saya amat sensitif dengan bunyi bising enjin kapal terbang tapi kali ini dia berjaya mengharunginya. Lapan tahun dulu meraung ya. Menangis rimas dengan bunyi enjin,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh sendiri oleh pelakon drama, Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi beberapa hantaran di laman Instagram.

“Dia Sangat Sensitif Dengan Bunyi Enjin Tapi…,” – Catriona Ross Bawa Anak Autisme Naik Kapal Terbang Selepas 8 Tahun “Dia Sangat Sensitif Dengan Bunyi Enjin Tapi…,” – Catriona Ross Bawa Anak Autisme Naik Kapal Terbang Selepas 8 Tahun

Katanya lagi, dia dan suami sentiasa berdoa agar perjalanan tersebut berjalan dengan lancar.

“Saya sangat bersyukur dan bangga dengan Rania yang selalu menenangkan adiknya. Nak share tips pun tak boleh sebab kami juga hanya mengharapkan yang terbaik.

IKLAN

“Kami hanya berdoa dan sebelum perjalanan, saya tunjukkan kepadanya gambar kapal terbang dan ceritakan sikit mengenainya. Saya rasa bila seseorang itu sudah bersedia, semuanya akan dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Catriona turut berharap agsr perkongsiannya itu dapat memberi harapan buat para ibu bapa yang turut sama memiliki anak autisme.

“Terika kasih diatas ucapan yang baik-baik. Saya baca semuanya di hantaran sebelum ini tapi tak mampu saya nak membalas semuanya. Saya akan balas apa termampu.

IKLAN

“Saya dapat banyak sangat kata-kata positif. Saya menangis. Saya berkongsi kisah ini buat para ibu bapa yang punyai anak istimewa supaya mereka tahu sebenarnya kita punya harapan,” akhirinya.

Sekadar informasi, Catriona telah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pengarah, Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009.

Selain Raess, pasangan ini juga turut dikurniakan dua orang cahaya mata Sephia Rania dan Edruce Riyadh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber &Kredit Foto: Instagram Catriona Ross

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI