Jika kebanyakan pelakon lelaki lain akan menerangkan terlebih dahulu kepada isteri masing-masing sekiranya mereka terlibat dalam sebarang adegan mesra dan daring, namun hal itu berlainan buat aktor Aidit Noh.

Menurut Aidit atau nama sebenar, Ahmad Aidit Noh, 30, dia tidak memaklumkan perkara itu kepada isterinya, Hanani, 24, dan itu antara perkara yang merisaukannya ketika drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang akan bakal ditayangkan bermula 27 Februari ini.

Menerusi drama arahan Uchee Fukada itu, terdapat beberapa babak daring dan menggoda termasuk adegan di bilik tidur melibatkan Aidit bersama Uqasha Senrose.

“Cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa karakter lelaki baik.

“Rupanya tidak. Kalau berlakon curang saya tak kisah tetapi ini curang lain… sampai ke atas katil. Saya pun takut dengan isteri saya ni (berseloroh). Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidit Noh (@aiditnohh)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidit Noh (@aiditnohh)

IKLAN

“Cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain.

“Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab. Kalau tidak pun, nak dekat-dekat masa tayangan drama tu, saya bawalah dia keluar shopping,” katanya sambil tertawa kepada MH.

Aidit ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama Isteri Halal yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya sebagai Zayn, suami yang curang dengan kawan baik isterinya sendiri, Aidit mengatakan dia tetap meletakkan batas apabila melakonkan babak-babak intim dalam drama tersebut.

IKLAN

Dia akan terlebih dahulu berbincang dengan rakan gandingannya iaitu Uqasha dan setiap aksi mereka terlebih dahulu telah dikoreograf agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

“Saya akan duduk sama-sama berbincang dengan Uqasha dan bertanyakan kepadanya apakah limitasi yang dia mahukan sewaktu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan sewaktu berlakon bersama.

“Bila kami dah bincang, setiap pergerakan memang saya akan beritahu bagaimana saya mahu lakukannya… tidaklah saya tiba-tiba terus memegang. Kalau kita tak beritahu, orang pun akan terkejut.

“Jadi disebabkan itu, kami banyak berkomunikasi untuk menghasilkan babak yang nampak real walaupun hanya bermain dengan shot sahaja,” katanya lagi.

IKLAN

Banyak Aksi Mesra Dengan Uqasha, Aidit Noh ‘Takut’ Nak Bagi Isteri Tengok Drama

Selain Aidit, drama Isteri Halal terbitan Radius One Sdn Bhd. itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Nazim Othman, Uqasha Senrose, Isyariana, Aishah Atan, Riz Amin dan Sahronizam Noor dan Qazem Nor.

Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari ini, jam 6.00 petang menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Ia mengisahkan mengenai Zayn yang berlaku curang terhadap isterinya, Adelia lakonan Isyariana. Dia ‘menduakan’ isteri dengan berskandal bersama sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra yang dilakonkan Uqasha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI