Tiba-tiba nama penyanyi dan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Sasha Saidin menjadi perhatian apabila dia telah didakwa sebagai sebagai perampas.
Malah, anggota kumpulan Elite ini juga turut didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab berpisah dengan isteri terdahulu.
Memetik Gempak, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memberikan penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami.
“Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Sasha turut akui dirinya tidak terkesan dengan dakwaan yang telah dibuat selain memberi bayangan tahu akan siapa gerangan yang menulis emel terbabit.
Ads
“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, sebuah blog hiburan ada memaparkan satu emel yang mendakwa suami kepada artis tersebut, dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab.
Emel yang dilayangkan turut mendakwa, keduanya juga menjalinkan hubungan sulit sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda beberapa tahun selepas itu.
Ads
Malah suaminya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kuala Lumpur dan dibawa tinggal bersama di Dubai.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita itu bersalin.
Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin.
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin dinikahkan adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin.
Atas perkahwinan tersebut, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.
Pelakon Nadya Syahera ada meluahkan rasa apabila masih ada pihak yang menyentuh soal fizikal seseorang tanpa mengetahui akan hal sebaliknya.
Malah ulas ibu kepada dua cahaya mata menerusi Instagram lagi, dia turut memberi pesanan kepada semua untuk bersyukur atas apa adanya, asalkan sihat sentiasa.
”Kalau orang lain ada masalah nak kurus, ada orang kata gemuk lah, isi terlebih lah, berat overkilo lah, Baju susah size, stress nak kurus tapi tak boleh lawan selera makan. Diet pun tak kurus jugak.
”Tapi pada i, lain plak. I rasa korang yang ada selera makan, tengok makanan ada nafsu, korang makan jee, biarlah berisi sikit pun asalkan badan tu sihat takde sakit every month masuk hospital kan.Jangan sampai diet nak kurus sampai memudaratkan. Bersyukur jelah tapi makan jangan makan benda yg berisiko bawak penyakit plak.
”Macam i ni, kadang terasa stress jugak bila sekarang ni i kurus dari sebelum ni, Dulu i pakai S atau M tapi lebih kurang setahun lepas badan i jadi drop, kurus tapi kilogram maintain jugak 47-50kg. Badan je makin kecil. Orang kata berat tulang,” jelas Nadya.
Lalu, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad ini turut bercerita mengenai reaksi ramai apabila bertemu dengannya.
“So bila jumpa orang, hampir semua org yg i jumpa, reaction dorang.. ‘ keciknyaaa’, Kurusnyaa’ kaki ke ranting?’ Macam bangaulah, ‘bigbird lah’ awat kurus sgt?’ dan banyaklah lagi lah.
“To be honest, i rasa down jugak bila dapat kata2 macamtu dari orang. sbb i tak mintak pun kurus kering macamni. I ni mmg jenis suka skip makan dari dulu lagi smpai skrg tapi badan i tak pernah drop sampai ke tahap org tgk pun tkejut.
”Maybe sbb faktor hormon n faktor mak anak dua kan. At one point rasa nak pi ambik macam2 supplement supaya instant dapat gemukkan badan. Tapi pikir balik buat apa nak buat semua tuuu.
“I patut bersyukur walaupun i kurus kering macam ranting ke, tiang letrik ke, kaki size pelpero ke.. ahhh lantokklahh. Allah bagi i sihat tubuh badan, bukan nak riak tapi nak share pada orang yg suka ‘ BODY SHAMING ‘ ni, atleast i sihat jarang sangat sangat sakit demam. Boleh jaga keluarga i dengan sihat gitu.
“So pada korang kat luar sana, korang GEMUK atau KURUS. Bersyukur lah dengan kejadian Allah bagi. Kalau rasa nak kurus atau nak gemukkan badan korang, pilih cara yg paling baik okay . Sentiasa Bersyukur dgn apa adanya. Jadilah diri sendiri, pedulikan orang.
”Siapa yg kutuk kutuk tu, katanya ‘Body Shaming’ boleh saman. Ha mohh kite saman dorg. Biashee tu mulut jari tangan korang takde adab eh kutuk kejadian Allah. hamboiiiii,” tulisnya panjang lebar.
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan majlis aqiqah puteri bongsunya, Raudhah Arshiyah pada Sabtu menjadi antara kenangan paling manis buatnya sekeluarga.
Seawal 8.00 malam, majlis dirai penuh meriah dengan kehadiran rakan niaga, selebriti dan media di kediaman mewahnya, Aliff Syukri Palace di Kota Damansara pada Sabtu.
“Ini kali kelima kami sekeluarga anjurkan majlis kesyukuran dan tahlil untuk anak-anak. Gembira, dapat aura anak yang cantik dan comel. Setiap anak itu ada keistimewaan masing-masing.
“Mereka adalah pembawa rezeki. Jadi untuk majlis kali ini apa yang termampu saya buatlah. Terima kasih buat yang hadir, dan majlis dipermudahkan sampai selesai, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai penantiannya untuk memiliki seorang lagi anak perempuan dimakbulkan selepas kira-kira 10 tahun, penyanyi Bobo Di Mana ini merakamkan rasa terharu dan syukuf atas rezeki zuriat yang dikurniakan.
“Syukur sebab doa dimakbulkan. Cuma biasalah, kalau kita sudah ada anak lelaki lebih, nak ada anak perempuan pula dan begitulah sebaliknya. Sebelum ini, satu-satunya anak perempuan saya, Qadejah El Zahra, nampak dia ni macam ‘diva’.
“Dia rasa dia seorang je perempuan dan semua orang sayang dia. Sekarang ni kami sudah ada dua orang ‘puteri’. Siapa tahu selepas ini saya dapat menantu pula, insyaAllah.
“Pejam celik anak-anak selepas ini dah besar. Jadi bila anak ramai ni, saya rasa macam hidup kian berseri. Memang banyak dugaan untuk besarkan anak-anak.
”Akan tetapi saya yakin hanya satu. Anak ini akan mengisi kekosongan dan hidup ibu bapa,” jelasnya lagi.
“Kalau boleh saya nak anak sampai 12 orang. Serius. Sebab bagi saya, ada orang itu kaya budi bahasa, ada yang kaya anak, harta, pendidikan dan sebagainya.
Mana satu yang kita nak? Kalau saya, saya nak semua,” terangnya jujur.
Dalam perkembangan lain, Aliff juga kini sedang mengikuti Pengajian Jarak Jauh dalam pengkhususan perniagaan di UiTM Shah Alam.
Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan sebelum kehadiran puteri bongsu mereka, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.