Memiliki reputasi selaku selebriti versatil dek kerana kebolehannya dalam melakukan pelbagai perkara, nama Alif Satar sememangnya jarang dikaitkan dengan gosip atau cerita-cerita negatif.

Hal ini disebabkan Alif memiliki keperibadian yang sangat merendah diri serta mudah mesra bersama orang-orang di sekeliling tidak kisahlah dari kalangan rakan selebriti mahupun peminat.

“Baru Betul Influencer, Man Of Many Talents,” – Tular Video Berbahasa Isyarat Dengan Lelaki Bisu, Netizen Kagum Dengan Kebolehan Alif Satar

Terbaru, sebuah video yang memaparkan Alif sedang l berbual bersama seorang lelaki dengan menggunakan bahasa isyarat telah tular di aplikasi Tik Tok.

Video berkenaan telah dimuat naik oleh rakannya yang juga merupakan usahakan terkenal, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon.

Jelas Azri, dia sendiri sendiri terkejut dan tidak menyangka Alif mampu bertutur dalam bahasa isyarat dengan sangat baik.

IKLAN

“Alif Satar ni memang manusia lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, ahli perniagaan, Ironman dan dia juga fasih berbahasa isyarat.

“Dah bertahun aku kawan dengan dia, baru tahu dia boleh berbahasa isyarat,” tulisnya.

Malah, lelaki tersebut juga dilihat sangat gembira apabila dapat berbual dan bersemuka dengan Alif secara empat mata.

“Baru Betul Influencer, Man Of Many Talents,” – Tular Video Berbahasa Isyarat Dengan Lelaki Bisu, Netizen Kagum Dengan Kebolehan Alif Satar “Baru Betul Influencer, Man Of Many Talents,” – Tular Video Berbahasa Isyarat Dengan Lelaki Bisu, Netizen Kagum Dengan Kebolehan Alif Satar

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzah rasa kagum selain turut menyifatkan Alif sebagai salah seorang selebriti yang wajar dijadikan contoh buat masyarakat.

“Ini baru betul influencer.

“Orang bisu ni kalau dia dapat tahu kita faham bahasa isyarat, mereka akan bangga dan happy sangat-sangat. Tengoklah muka pakcik tu, ceria sahaja.

“Ini sebab mengapa aku mengidolakan Alif Satar sangat-sangat. Man of many talent.

IKLAN

“Patut Alif ni jadi ikon orang muda.

“Sebab tu suka dengan Alif ni. Artis contoh dan clean,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sehingga kini, video tular tersebut telah pun meraih lebih 1.5 juta tontonan di Tik Tok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Tik Tok John Lemon & Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI