Sejak giat menjalani latihan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-37, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memang sudah mendedahkan dirinya bakal membuat ‘kerja gila’ dengan menampilkan persembahan yang lain daripada yang lain.
Lantas persembahan Naim sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat.
Tampil mengotakan janjinya, Naim yang membawakan lagu Mainan telah membuat persembahan secara tergantung dan terbalik.
Naim dilihat telah menggangtungkan dirinya di dalam positi kaki di atas dan kepala di bawah sepanjang menyanyikan lagu Mainan.
Ads
Persembahan daripada Naim itu nyata mengundang rasa gerun di kalangan penonton.
Bagaimanapun, ada juga para netizen yang menyifatkan persembahan Naim sememangnya unik dan layak untuk merebut gelaran persembahan terbaik.
Ads
“Confirm Naim Daniel menang persembahan terbalik malam ni.
“Naim Daniel knows how to left us good impression with his performance.
Ads
“Crazy performance from Naim Daniel.
“Naim daniel tu nyanyi tk sakit otak ke darah turun ke bawah,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Disebabkan persembahan tersebut, nama Naim menjadi sebutan sehingga trending di Twitter.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai Suria FM Shuib sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Watie Hanafiah, 35, pertengahan tahun ini.
Shuib, 39, bagaimanapun berkata, urusan berhubung perkara tersebut masih dalam perancangan dan berjanji akan berkongsi kepada ramai apabila tiba masa sesuai.
“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci akan kongsikan nanti,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Mengulas mengenai penerimaan Watie selepas mulai menerima perhatian netizen, Shuib memberitahu usahawanita itu perlu dibimbing olehnya.
“Saya selalu beritahu dia supaya jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti.
“Setakat ini semuanya baik dan saya ada beritahunya, tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib terharu apabila ibunya, Amy Salmi boleh menerima kehadiran Watie dengan baik, termasuk rapat dengan anak bongsunya, Ayash Affan.
“Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie.
“Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash sebab mama sedang mengerjakan umrah,” katanya.
Imbas kembali, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.
Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap impian itu pasti akan dapat digapai sekiranya kita bekerja keras menuju ke arah itu.
Tujuh tahun aktif dalam bidang seni muzik, akhirnya impian penyanyi dan rapper Yonnyboii untuk bekerjasama dengan salah seorang idolanya iaitu Alyph akhirnya tercapai.
Tampil dengan single kolaborasi bersama, Yonnyboii dan Alyph mempertaruhkan lagu Sengkek.
Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan dia pernah menghantar ‘direct message’ (DM) kepada Alyph sebelum bergelar penyanyi lagi kerana terlalu mengagumi bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Singapura itu.
“Saya dah lama simpan impian memang nak berduet dengan Alyph. Salah satu cerita yang orang tak tahu, saya pernah DM Alyph di Instagram.
“Saya DM Alyph tu masa belum jadi artis lagi. Saya masih ingat saya tulis bagaimana nak buat lagu macam dia, ‘Hi Alyph, macam mana nak buat lagu? Boleh tolong beri tunjuk ajar? Boleh saya datang ke studio?'” katanya kepada MH.
Yonnyboii ditemui pada majlis pelancaran single Sengkek yang diadakan di The Face Suites, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu, menceritakan lebih lanjut tentang perkara itu yang membawa kepada kerjasama mereka, Alyph atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdullah, 34, mengakui dia ‘terlepas pandang’ daripada membaca mesej yang dikirim Yonnyboii.
“Saya rasa saya tidak membaca mesej yang diberikan Yonny ketika itu. Biasalah kadangkala kita terlepas pandang dengan mesej-mesej yang dikirim oleh orang ramai.
“Selepas mendengar lagu-lagu Yonnyboii, saya sendiri menghantar mesej kepadanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan karya lagu terbaik.
“Bila Yonny balas mesej itu, dia kata tolong jangan baca mesej-mesej sebelum ini. Daripada situ baharu saya sedar dia pernah menghantar mesej kepada saya,” kata Alyph.
“Selepas tahu dia pernah mengirim mesej, saya sangat hormat dengan tindakannya kerana Yonny seorang artis yang penuh dengan semangat.
“Lihat sekarang, saya pula yang approach dia di DM untuk ucapkan tahniah dan memuji karya-karya lagu hasil ciptaannya,” kata Alyph lagi.
Lagu Sengkek yang merupakan hasil ciptaan SonaOne manakala liriknya pula nukilan Yonnyboii dan Alyph sendiri.
Berkongsi lebih lanjut tentang Sengkek, Yonnyboii berkata dia percaya setiap manusia pastinya pernah melalui fasa ‘kepayahan’ dalam kehidupan masing-masing sebelum bertemu kejayaan.
“Saya rasa semua orang pernah melalui situasi ini, saya juga pernah rasa sengkek (pokai). Disebabkan dia berkaitan dengan ramai orang, kenapa tidak saya tulis sebuah lagu yang orang semua boleh faham.
“Bukanlah nak kata pokai sebab tak bekerja, dulu masa saya pernah kerja restoran fast food pun, saya ada rasa time-time pokai itu.
“Saya nak orang rasa apa yang saya pernah rasa dan maka dengan itu terhasil lagu berjudul Sengkek ini,” kata Yonnyboii lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tuntutan kerja sebagai seorang anak seni kadang kalanya tidak menentu dan ada yang perlu sampai bersengkang mata sehingga ke awal pagi.
Hal ini turut dilalui pelakon Nur Fazura yang baru-baru ini berkongsi cerita dia baharu menghabiskan shooting pada jam 2.30 pagi bersama-sama suami, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, turut bersyukur dikurniakan anak yang sangat memahami kesibukan kerja kedua-dua ibu dan bapanya.
“Kisah semalam.. lama tak shoot bersama, 2.30 pagi baru wrapped. Balik rumah.. anak dah tidur.
“Tapi Alhamdulillah, she is such an understanding daughter.. faham mommy dan daddy ‘work work’,” tulis Fazura di ruangan kapsyen menerusi muat naik gambarnya mesra berpegangan tangan dengan Fattah.
Fazura juga sudah merancang untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti selepas menyelesaikan segala tuntutan kerjanya terlebih dahulu.
“Soon nak bawa Fatima pergi jalan-jalan. Dia siap tanya pagi tadi, ‘nanti nak pergi mana mommy? Nyamma (Fatima) nak jumpa animals dan nak lollipop,” coret Fazura lagi.
Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah, 33, pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.