Penyanyi Fyna Jebat mengakui suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan sekaligus terbuka sekiranya dia mahu kembali aktif menyanyi sejurus tamat program realiti, Famili Duo, Ahad lalu.

Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 29, berkata suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan itu maklum dengan minatnya terhadap dunia seni suara.

“Alhamdulillah baik keluarga dan pasukan The Jebats… semua telah memberikan sokongan yang kuat setiap minggu. Saya sendiri tidak tahu nak cakap macam mana. Semuanya di luar jangkaan.

“Suami bagi (sekiranya aktif dalam seni). Setakat ini tidak ada syarat. Mungkin sebab dia tahu minat saya dalam dunia nyanyian. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan apa yang terbaik untuk saya, dia okay,” katanya kepada MH.

IKLAN

Fyna berkata demikian selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Famili Duo musim kedua bersama kakaknya, Ayda Jebat.

Kembali Aktif, Fyna Jebat Terima Sokongan Suami; “Mungkin Sebab Dia Tahu Minat Saya.” Kembali Aktif, Fyna Jebat Terima Sokongan Suami; “Mungkin Sebab Dia Tahu Minat Saya.” Kembali Aktif, Fyna Jebat Terima Sokongan Suami; “Mungkin Sebab Dia Tahu Minat Saya.” Kembali Aktif, Fyna Jebat Terima Sokongan Suami; “Mungkin Sebab Dia Tahu Minat Saya.”

Mengulas sejauh mata penerimaannya terhadap komen pelbagai yang diberikan netizen, Fyna senang untuk melihat ia daripada sudut yang positif.

IKLAN

“Bagi saya apa (komen) yang baik kita ambil dan yang sebaliknya juga kita terima demi memperbaiki diri.

“Apa pun, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik untuk semua di luar sana,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, pendedahan Fyna yang mengakui dirinya sudah bergelar isteri kepada Zainal Januari lalu mengejutkan ramai pihak sekaligus mencetuskan sensasi di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI