Pelakon, Adam Shahz tidak terasa hati dengan video yang dimuat naik oleh suami kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang didakwa memerlinya sewaktu hadir ke mahkamah ketika prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka, Ivy Herra Sophia baru-baru ini.

Menurut Adam, orang luar boleh membuat apa sahaja andaian tetapi dia lebih selesa untuk berdiam diri.

“Kalau Melayan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?,” – Viral Video Perli Di Mahkamah, Adam Shahz Tak Mahu Termakan Provokasi

“Pada awalnya, saya tak tahu mengenai video tersebut sehinggalah saya keluar daripada kawasan mahkamah. Tiba-tiba sahaja, notifikasi telefon saya sibuk.

“Saya berhenti tepi jalan lalu lihat apa yang berlaku. Selepas itu, baru saya tahu kewujudan video berkenaan. Bagaimanapun, saya tak anggap ia sebagai satu isu dan saya tidak berasa hati.

“Kalau nak cakap dia mengata saya, mungkin itu hanya tanggapan orang luar yang melihat. Saya tiada rasa apa pun ketika melihat video tersebut,” katanya kepada MH.

Adam berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

IKLAN

“Kalau Melayan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?,” – Viral Video Perli Di Mahkamah, Adam Shahz Tak Mahu Termakan Provokasi

Jelas Adam lagi, dia juga tidak mahu merendahkan dirinya dengan memanjangkan hal tersebut yang berkemungkinan akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau saya melayan, apa beza level dia dengan saya? Bukan level saya nak melayan perkara-perkara seperti ini.

“Andai kata saya berbalas kenyataan atau video, saya rasa keadaan akan bertambah rumit dan keruh. Saya pun tak nafikan mungkin tindakkan tersebut adalah bertujuan untuk memancing emosi,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Kalau Melayan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?,” – Viral Video Perli Di Mahkamah, Adam Shahz Tak Mahu Termakan Provokasi

Ketika ditanya sama ada dia pernah berhubung secara personal dengan Aliff, Adam memaklumkan dia tidak pernah berbuat sedemikian.

Bagaimanapun, wakil daripada Aliff pernah mencuba untuk menghubunginya supaya kes hak penjagaan anak ini diselesaikan secara baik, namun dia terpaksa menolak.

“Saya tak pernah berkomunikasi dengan dia. Cuma sebelum kes ke mahmakah itu, pengawal peribadinya ada menghubungi saya untuk minta saya selesaikan isu ini secara baik tapi saya tolak.

IKLAN

“Janji-janji manusia ini kita tak boleh percaya. Saya dah banyak kali terkena. Mula-mula cakap lain, lepas dah beberapa tahun cakap lain pula. Jadi, saya memang mahu isu ini diselesaikan di mahkamah.

“Biar mahkamah yang buat keputusan. Kalau saya yang melanggar perintah mahkamah, ambil tindakan kepada saya. Begitu juga sebaliknya.

“Ini juga nasihat saya buat pasangan-pasangan yang punyai masalah sehingga ke arah penceraian. Pastikan semuanya berakhir di mahkamah. Jangan selesaikan sendiri,” akhirinya.

Terdahulu, prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat.

Satu prosiding majlis sulk akan diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI