Drama rantaian Harith Fayyadh telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Setelah bersiaran selama 15 episod, para penonton kini harus mengucapkan selamat tinggal buat barisan para pelakon.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, salah seorang pelakon utamanya, Adam Lee merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menunjukkan sokongan terhadap drama Harith Fayyadh daripada awal hinggalah ke akhir.

Menurut Adam, dia berharap agar para penonton terhibur dengan segala usaha keras para pelakon bagi menjayakan drama ini.

“Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati “Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

“Terima kasih kerana menonton Harith Fayyadh. Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan kami.

“Semoga kita semua dapat bertemu lagi nanti. Mungkin dikarya-karya agung yang lain,” tulisnya.

Katanya lagi, dia juga tidak sabar untuk bertemu dengan peminat menerusi drama-dramanya yang lain.

Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi entri berasingan, heroin drama ini, Cahaya Nilai mengakui amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk berlakon bersama palakok popular Adam.

IKLAN

Menurut Cahaya, sepanjang sesi pengambaran berlangsung, dia amat senang untuk bergandingan bersama Adam.

“Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati “Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ᴄᴀʜᴀʏᴀ (@cahayanilamm)

Malah, dia juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada barisan pihak produksi yang mempercayai bakatnya untuk membawakan watak Vivy.

“Inilah Adam dan Cahaya. Betul-betul selepas tamatnya pengambaran drama Harith Fayyadh. Kami baru keluar kereta.

“Adam dengan Dyson dia tak berpisah. Terima kasih Adam kerana menjadi orang yang kelakar dan menyeronokkan ketika bekerja bersama.

IKLAN

“Fayyadh dan Vivy mengucapkan selamat tinggal sekarang. Terima kasih kepada pengarah dan semua yang terlibat,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif selain turut meluahkan rasa sedih selepas menonton episod akhir drama berkenaan.

“Kenapa Fayyadh kena pergi. Sedinnya ending.

“Dalam pada kahwin dua, tak sangka Fayyadh yang pergi dulu. Ingatkan sama-sama membesarkan anak masing-masing.

“Pengakhiran yang menyedihkan tetapi saya suka dengan pengajarannya.

IKLAN

“Saya sangat sedih dengan episod terakhir ini. Fayyadh meninggal.

“Mak saya sangat puji dengan jalan cerita drama ni. Banyak pengajaran. 100 bintang untuk semua pelakon yang terlibat,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati “Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati “Banyak Pengajaran, 100 Bintang Untuk Semua Pelakon,” – Drama Harith Fayyadh Tamat, Ramai Sedih Sebab Pelakon Utama Mati

Sekadar informasi, Harith Fayyadh merupakan sebuah drama arahan Ayie Mustafa yang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Selain Adam dan Cahaya, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Hafidz Roshdi, Nad Zainal, Fauziah Mawi, Hasnol Rahmat, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Adam Lee & Cahaya Nilam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI