Membawakan watak hitam sebagai ibu tiri menerusi muzik video (MV) single terbaharunya berjudul Sumpahan Salju, penyanyi Ara Johari tidak menolak sekiranya diberikan tawaran berlakon selepas ini.

Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 25, dia tidak menyangka mampu membawakan karakter sedemikian ketika menjalani penggambaran MV berkenaan, beberapa bulan lalu.

“Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon

“Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon

Walaupun tidak melontarkan sebarang dialog dalam MV itu, namun keupayaan Ara memberikan ‘look’ ibu tiri yang jahat mendapat pujian daripada peminat.

“Sebenarnya saya tak suka bawak watak antagonis tapi bila dah cuba, best juga sebenarnya. Bila bawa watak orang jahat, dia macam terus masuk… memang smooth dan tak susah.

IKLAN

“InsyaAllah kalau diberikan tawaran, saya bersedia menerima dan ikut watak jugalah, tak nak yang terlalu susah sangat takut nanti memberi masalah kepada pihak produksi,” katanya.

“Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon “Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon

Mengulas lanjut mengenai Sumpahan Salju yang dikatakan ‘meniru’ lagu Asmaradana nyanyian Puan Sri Tiara Jacquelina, Ara berkata tidak terdapat persamaan di antara kedua lagu tersebut.

IKLAN

“Bila pertama kali saya dengar lagu Sumpahan Salju, tak terfikir pun macam lagu lain sebab saya rasa lagu ni something different.

“Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon

“Bila Bawa Watak Orang Jahat, Dia Macam Terus ‘Masuk’,” – Cedok Ilmu Dalam MV, Ara Tak Tolak Kalau Ada Rezeki Berlakon

IKLAN

“Kalau nak kata ada persamaan pun mungkin daripada segi instrumen dan beat-beat dia yang seakan-akan sama… nak cakap sama tu mungkin tidaklah,” katanya lagi.

Sumpahan Salju yang dicipta oleh Zimi dan Jerry mengambil adaptasi daripada kisah dongeng Snow White yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ara Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI