Penyanyi popular, Maher Zain reda dengan ujian yang menimpa dirinya selepas memaklumkan bapanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Rabu bersamaan dengan 4 Ramadan.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal Lubnan ini menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
“Bapa kesayangan saya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terkahir. Semoga Allah mengurniakannya ihsan dan menempatkannya di syurga yang tertinggi.
“Saya memohon dan berharap agar semua pihak dapat meluangkan masa untuk menitipkan doa buat ayah saya,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu, Number One For Me ini juga turut mendoakan semoga bapanya itu diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat di seluruh dunia turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Maher Zain.
“Semoga Allah menempatkannya di syurga tertinggi. Ameen.
“Semoga syurga Firdaus menjadi destinasi abadinya.
Ads
“Wahaiabangku, semoga Allah memberikan kamu kesabaran dan kekuatan bagi menempuh detik ini.
“Semoga rohnya sentiasa diberikan ketengangan di alam sana.
“Semoga kamu terus diberikan kekuatan. Kami semua sayang anda,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, posting berkenaan terlah pun meraih lebih 130,000 tanda suka selain turut dihuhani ribuan komen.
Ads
Sekadar informasi, Maher Zain merupakan seorang penyanyi yang popular menerusi lagu-lagunya berentak ketuhanan dan kemanusiaan.
Nama Maher Zain juga sangat popular di Malaysia selepas dia turut melancarkan beberapa buat lagunya dalam versi Bahasa Melayu.
Dalam perkembangan lain, Maher Zain baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbaruny yang berjudul No One But You.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Maher Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini muncul satu artikel yang mendakwa penyanyi, Datin Alyah membuat pendedahan yang dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.
“Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tularkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang masalah pun.
“Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham. Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang.
“Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan di bulan Ramadan,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.
Menurut Alyah, pendedahan yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Malah, Alyah mengakui ada konflik yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.
“Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada masalah… tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik.
“Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu Kisah Hati itu mendedahkan, “Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya.”
Untuk rekod, Alyah dan Tok Ram berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi pendapat serta pengalamannya yang kini menjalani kehidupan berpoligami dalam rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar.
Zarina berkata, poligami bukan hanya sekadar berkongsi kasih sayang seorang suami semata-mata.
“Bagi saya, apabila kita bercakap tentang berkongsi kasih ini sebenarnya bukan hanya sekadar berkongsi. Tetapi ia lebih kepada untuk kita menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Ketika fasa awal perkahwinan, Zarina mengakui dia kurang memahami sikap serta pendirian suaminya yang terlalu menyayangi isteri pertamanya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
“Bila kita nak merebut kasih sayang dari seseorang, apa yang saya lihat pada diri suami saya dia sangat mengasihi isterinya. Ketika di permulaan perkahwinan saya dulu ada sedikit gagal sebab saya tidak berjaya untuk memahami suami saya sebelum ini.
“Apabila saya masuk dalam hidup dia, pada ketika itu dia sudah memiliki segala-galanya dan susah senang dia bersama dengan isteri pertama.
“Jadi mesti isteri pertama akan rasa macam apa yang kita nak sebenarnya daripada dia (suami). Bila kita kurang memahami, lama-kelamaan saya pun mula belajar untuk memahami bahawa suami saya amat menyayangi isterinya.
“Oleh itu, saya kena curi hati isteri dia, belajar menyayangi isteri dia lama-lama suami akan bukakan pintu hati dia untuk kita,” katanya lagi.
Meski kini hidup bahagia dan harmoni bersama, Zarina tidak menafikan untuk berkongsi kasih dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah dan harus berdepan pelbagai cabaran.
“Dalam poligami ni, pada permulaannya memang kita tidak akan dapat benda yang betul-betul indah. Kita kena lalui, tempuh dengan pelbagai cabaran, perbalahan dan sebagainya.
“Kita kena terima untuk lalui benda yang pahit dulu baru benda yang manis itu kita akan dapat,” luahnya lagi.
Pelakon berusia 51 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang.”
Demikian impian syarikat penerbitan, Tertib Publishing yang optimis memasang impian melakar jaya sebagai peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris.
Muncul setahun sebelum era pandemik COVID-19, syarikat berkenaan pantas mencuri perhatian dan rujukan ramai tidak kira di dalam atau luar negara.
Pengasas merangkap Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khairul Amar Razali itu berkata sehingga kini sudah 51 judul buku diterbitkan merangkumi pecahan bacaan dewasa dan kanak-kanak.
Mempunyai latar belakang bidang pendidikan dalam ijazah sarjana di Universiti Malaya dan kini bergelar pelajar DoktorFalsafah (PhD) juga di dalam bidang yang sama, antara faktor kuat yang menjelaskan kesungguhan lelaki berusia 35 tahun dari Terengganu ini melebarkan empayar syarikat.
“Membaca itu jambatan ilmu. Ia teras yang sudah sebati dalam diri kita dari kecil sampai dewasa. Itu menjadi manifestasi utama apa yang saya usahakan ini.
“Cuma saya cuba melawan arus untuk menerbitkan bacaan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, saya nak jadi penerbit bahan bacaan Islamik berbahasa Inggeris yang dicari ramai.
“Lagipun penerbitan bacaan bahasa Melayu sudah banyak di pasaran,” katanya yang sebelum ini belajar dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Kata Khairul Amar lagi, dia pada mulanya bimbang ketika pandemik menyerang, syarikatnya baru hendak bernafas.
“Ketika itu, ujian musibah ini meniup keresahan. Tapi siapa mampu menebak, permintaan bahan bacaan dikeluarkan mendapat permintaan tinggi. Daripada dua staf kini bertambah menjadi 13.
“Permintaan itu membuka ruang mengeksport buku ke luar negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
“Ia membuka pintu ruang untuk meneroka pasaran luar. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Biarlah dikukuhkan gelanggang tempatan dulu. Tapi jika ada kesempatan, cubalah sambil menyelam minum air,” katanya.
Bahan bacaan syarikat ini mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
“Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
“Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins’ Space Mission.
“Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book),” katanya.
Sempena bulan Ramadan, mereka turut menerbitkan buku edisi istimewa.
“Ia termasuklah jenama Nuh & Nuha diambil bersempena nama anak kembar saya menerusi penerbitan buku kanak-kanak seperti ‘A Remarkable Ramadan Sound Book’. Ia buku interaktif bersuara yang disokong dengan audio bacaan doa dan amalan di bulan mulia ini.
“Tak ketinggalan, Ramadan Therapy, What I Would Like For Ramadan, My Ramadan Journey Puzzle, dan banyak lagi,” katanya mengenai bahan bacaan jenama ini dijual sekitar harga mampu milik serendah RM30 hingga RM90.
“Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan,” katanya.
Tambah Khairul Amar, ada permintaan menterjemahkan buku, ‘A Juz A Day: Summary of the Qur’an’ daripada Yahya Ibrahim ke dalam bahasa Melayu.
“Kami tengah mempertimbangkannya. Malah dalam masa sama, syarikat kami juga berpengalaman menganjurkan acara langsung dengan pembabitan penceramah Muslim antarabangsa.
“Pada 16 dan 17 April ini, kami menjemput Mizi Wahid, iaitu seorang ikon Muslim dari Singapura dalam acara perkongsian ilmu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada umum,” katanya yang turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.
Sementara pembaca yang ingin memiliki bahan bacaan mereka juga boleh menghubungi pihaknya secara terus.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.