Meski baru tiga bulan dilancarkan, lirik video lagu Cinta Semalam nyanyian penyanyi duo baharu Zul Ariff dan Kamal Hamidi telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan di platform Youtube.
Menurut Zul, mesej yang disampaikan di dalam lagu ini sebenarnya memberikan kesan mendalam bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga buat gandingan, Kamal kerana mereka mempunyai pengalaman tersendiri mengenai penyakit kanser.
Katanya lagi, sebagai seorang pejuang kanser, dia juga perlu mengawal emosi sewaktu menyampaikan lagu ini.
“Saya sebenarnya pengidap kanser sejak 2015. Selepas hampir tujuh tahun berjuang, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan saya sudah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sememangnya berasa amat bersyukur.
“Bagaimanapun, saya masih perlu makan ubat-ubatan dan supplement serta menjalani rawatan setiap enam bulan. Kalau soal rawatan pula, tahap kanser saya ini masih belum memerlukan saya untuk menjalani kimoterapi atau radioterapi cuma saya perlu bergantung pada ubat.
“Saya juga pernah makan ubat yang sama kuat seperti rawatan kimoterapi. Memang bukan mudah bergelar pesakit kanser ini. Saya hanya memberitahu kepada keluarga mengenai penyakit kanser ini pada 2018.
Ads
“Saya mahu peroleh sesuatu kejayaan dahulu sebelum memaklumkan kepada mereka. Saya juga tak mahu mereka berasa simpati kepada saya. Saya tak suka orang melihat keadaan saya yang sakit,” katanya kepada MH.
Tambah memilukan apabila Zul juga baru sahaja kehilangan abangnya akibat penyakit kanser yang telah dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Sebenarnya kami punyai kisah yang hampir sama, ibu kepada Kamal juga meninggal akibat kanser. Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, kami berkongsi kisah mengenai detik suka duka yang kami lalui.
Ads
“Seperti Kamal, dia juga harus menjaga ibunya ketika sakit. Saya sekali lagi diuji apabila abang saya pula meninggal dunia akibat kanser. Arwah juga mengambil pendekatan yang sama untuk merahsiakan penyakit kanser daripada kami sekeluarga.
“Dua minggu sebelum arwah meninggal, baru dia bagitahu kami. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Oktober 2021,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Kamal memaklumkan pengalaman selama dua tahun menjaga ibunya yang sakit banyak mengajarnya mengenai erti kekuatan untuk meneruskan hidup.
Ads
“Ibu saya merupakan seorang pengidap kanser hidung. Arwah meninggal pada 2011 dan saya telah menjaganya selama dua tahun sebelum itu. Pada ketika itu saya masih lagi belajar di Universiti Selangor
“Jadi, saya harus selalu berulang-alik daripada Selangor ke Kedah. Walaupun saya bukan pesakit kanser dan saya tak tahu apa yang mereka rasai, tetapi saya dikelilingi oleh pesakit kanser. Jadi, sedikit sebanyak saya dapat rasa apa yang mereka lalui,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zul dan Kamal terus mengorak langkah selepas melancarkan single raya pertama mereka yang berjudul berjudul Sama Sama Raya.
Sama Sama Raya yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Shazee Ishak dan Audi Mok kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform digital manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Zul Ariff & Kamal Hamidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal petang tadi, pelakon cantik Rita Rudaini ada memuat naik foto keratan artikel sebuah akhbar mengenai dirinya yang bertajuk ‘Moga bertemu di akhirat’.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada penulis dan akhbar berkenaan, Rita sempat memberi pendapat dan harapannya terhadap dua anak pada bapa mereka.
Tulis Rita, masih ada pihak yang gigih untuk masuk campur dan gigih cuba burukkan dirinya dan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
“…Sbb ada dua tiga ekor dan pihak yg gigih masuk campor dan gigih cuba burukkan mommy pd daddy ryan n juna,xde masalah. Biarkan merekor2 itu 24jam pikirkan pasal sisturr n strategi utk hancur kan sisturr n segalanya….dgn izinNYA jugak, merekor lupa?,” tulisnya.
Pada masa sama, Rita turut berpesan kepada anak-anak, andai tidak dapat bersua muka di dunia, doa banyak-banyak supaya dapat bertemu di pintu syurga.
“Sisturr just pesan kt anak2 sisturr,klau xbersua muka di dunia, bole bersua di tempat lain….doa byk2 supaya dpt bersua muka dgn daddy di akhirat dan di pintu syurga…? amin….the end…..,” kongsi Rita.
“Mommy doakan anak-anak mommy jadi lelaki yang taat pada agama dan di segani. Dah nikah nanti jangan malukan mommy. Nanti orang kata mommy tak ajaq anak,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon filem, Anak Mami Junior ini juga menyifatkan segala tindak tanduk anak-anaknya itu nanti adalah merupakan hasil didikkannya sendiri.
“Ampa buat tak ketahuan hala kat bini ampa, mommy sakai ampa. Mommy takkan marah anak orang. Apa-apa buruk baik anak-anak mommy semua atas didikan mommy, katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga usaha Rita dalam mendidik anak-anak akan sentiasa dipermudahkan.
Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Bagaimanapun, mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.
Terbaru, Rita kini dilihat sibuk mempromosikan telemovie terbaru yang berjudul Kerana Korona yang kini sedang ditayangkan disaluran Astro First.
Selain Rita, telemovie ini turut dibintangi pelakon hebat lain antaranya Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...