Vokalis kumpulan XPDC, Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail, 54, sebelum ini pernah diuji dengan serangan angin ahmar selain pernah ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Reda atas ujian, bapa kepada lima cahaya mata itu bagai diberi peluang kedua meneruskan kehidupan.
Ketika ini, makan dan minum Ali menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap).
Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” katanya.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
Ads
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belumkuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” katanya lagi.
Ads
Dia turut menambah, wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya sebelum ini.
Sementara itu, dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda.Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya lagi.
Sementara itu, isterinya, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
Ads
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapatberpuasa. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna.
Terdahulu, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/kwCxDn1XjM4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jujur mengakui tidak punya kepakaran yang hebat dalam memasak, Ayda Jebat secara seloroh menjelaskan itu bukan masalah besar andai dia bergelar isteri kelak.
Malah katanya, bakal suami perlu memahami kekurangan si isteri dan sama-sama perbaiki demi keharmonian rumah tangga.
Ayda turut memberi pendapat, memasak bukanlah asas utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, sebaliknya banyak hal lain yang perlu diambil kira.
“Saya mengakui saya tidaklah terlalu handal dalam memasak. Akan tetapi, jika punya luang masa, tugas saya lebih kepada menghias rumah.
“Lazimnya, tugas memasak diserahkan kepada ibu dan adik beradik lainnya,” terangnya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi Temberang ini turut membayangkan situasi di dapur adalah tugas bersama suami isteri.
“Jika saya berkahwin satu hari nanti, tugas memasak rasanya akan bergantung dan terserah kepada siapa pasangan saya.
“Saya tidak rasakan soal memasak itu adalah kriteria utama untuk jadi isteri, ia lebih kepada perbincangan dan saling bantu-membantu.
“Apapun, bila sudah bersedia ke arah itu, pastinya saya akan sanggup untuk lebih belajar soal tugas di dapur,” katanya optimis.
Terdahulu, Ayda ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, selebriti popular ini turut mengakui sedang berkawan rapat dengan Nabil Mahar.
Bagaimanapun, dia tidak mahu menjelaskan secara terperinci kerana ia masih awal untuk dikongsi.
“Dia seorang lelaki yang baik. Saya memang sedang berkawan dengannya dan masih dalam proses mengenali,” ulasnya jujur.
Sementara itu, Ayda hadir pada majlis berkenaan sebagai tetamu khas masakan bagi peralatan memasak terbaru Tefal.
Inovasi Thermo-Signal dilengkapi ciri khas titik merah yang dipertingkatkan serta diilhamkan daripada reka bentuk jam pasir untuk menunjukkan masa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amelina ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berkongsi cerita mengenai kisah rumah tangga yang pernah dibina, kira-kira 20 tahun lalu.
“THROWBACK sikit, ramai yg nak tahu bila tarikh perkahwinan kaklong dan bila kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yg gelarkan kan kaklong JA6.
“Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana lawyer kaklong menguruskan dgn baik iaitu @rizz2612 bagi kaklong dia yg sgt terbaik dlm.mengendalikan kes kaklong.. dan masa tu kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik kaklong @mr.joe77 dan juga mak kaklong serta adik bongsu kaklong yg sentiasa disisi.
“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak mahkamah tinggi syariah seremban sgt2 membantu kaklong pada masa itu.
“Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan kaklong berakhir 29hb June 2016.,” kongsi Amelina.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Asyik ini memaklumkan, fasa penceraian bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditempuhi.
“Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya kaklong rasa kemurungan, amat sedih dan hilang keyakinan diri.
“Adakah kaklong mampu dlm usia yg senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 org ank2 yg sedang membesar.
“Tetapi kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat di pandang tinggi dlm masyarakat dan agama.
“BUKTInya kaklong sentiasa disayangi dan apa yg kaklong buat tuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan.
“Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling…bahagiakan org yg menyayangi kita… dan kita kena yg yakin kita di dlm golongan yg sentiasa dilindungan ALLAH.
“YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN YG BURUK JADIKAN SEMPADAN.SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAKLONG DAN KELUARGA. AMIN…
Setelah lebih dua minggu drama Suamiku Lelaki Pendosa bersiaran, Isteri kepada Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik memberikan komen terhadap lakonan suaminya bersama pelakon, Gambit Saifullah menerusi drama rantaian tersebut.
Diyana berpendapat, sebagai pelakon Gambit disifatkan berjaya menjiwai watak Izfairin dengan baik.
Perkara tersebut dikongsikan Diyana bersama potongan video yang turut merakamkan kenangan dua pelakon itu ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah program realiti tidak lama dulu.
“Rupanya dah lama rancang, kita yg lalai. Dari Fear Factor sampai la Tuan Ihsan dan Sekarang Suamiku Lelaki pendosa! Rupanya si Izfarin ni ada aje dalam hidup sis!
“Bukan calang calang competition I sekarang. I tak pernah handle gedik yang sampai macam si Iz! Kalau gedik pompuan tu biasalah kita tengok pun dah tahu.
“Gedik si Iz ni wow another level. Semoga Dean ilyas berubah, I tunggu k. @gambitsaifullah. Tapi Takpe best woman wins! Eh confuse sis ni, terfeeling Cahaya hahahah,” tulisnya seloroh.
Dalam pada itu, ibu kepada orang tiga cahaya mata ini menyifatkan drama berkenaan memiliki mesej pengajaran yang bermanfaat kepada tontonan umum.
Ucapan tahniah turut dipanjangkan Diyana kepada semua barisan pelakon terlibat.
“Anyway to tell you the truth the content of this drama is to beri pelajaran and yes Ada banyak aje case gini. Pintu taubat masih terbuka.
“Enjoyed watching this drama Sebab really lain character my dar… and combo ngan Gambit pulak. I think as actors they love challenging characters so that it won’t be stagnant la kan. Congrats guys!,” tulisnya lagi.
Kakak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Rose Azlin Rosli yang juga pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, Iskandar...