Jutawan tudung yang juga pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri tampil mewah menerusi persalinan adibusana ilham Faizuluziaf pada majlis hari bahagia anak lelakinya, Muhammad Zuhairi Syazwan, di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sinonim sebagai usahawanita yang sangat menitikberat barangan berkualiti tinggi dalam kehidupan sehariannya, Haliza turut menitipkan hal sama pada majlis raja sehari anak sulungnya itu.

Difahamkan, busana yang digayakan Haliza berharga lebih RM170,000 yang disulami dengan 72,000 butir manik Swarovski yang dibawa khas dari Austria selain fabrik yang digunakan adalah yang dibawa dari Eropah.

‘Cape dress’ yang menggunakan teknik ‘ruching’ draping ini juga mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan oleh pasukan RI Haute Couture.

Baju Saja Dekat RM500,000, Jutawan Tudung Haliza Masyuri Belanja RM3.5 Juta Buat Majlis Kahwin Anak Lelaki

Baju Saja Dekat RM500,000, Jutawan Tudung Haliza Masyuri Belanja RM3.5 Juta Buat Majlis Kahwin Anak Lelaki Baju Saja Dekat RM500,000, Jutawan Tudung Haliza Masyuri Belanja RM3.5 Juta Buat Majlis Kahwin Anak Lelaki

IKLAN

Sementara itu, menantunya Sarah tidak kurang anggun apabila mengenakan persalinan gaun pengantin yang disulami dengan 189,936 butir permata Swarovski dalam tujuh jenis saiz pertama yang berbeza.

Malah, lima warna permata telah digunakan bagi menyiapkan gaun berkenaan iaitu crystal, crystal AB, aquamarine, light sapphire dan crystal moonlight.

Tampak eksklusif, Sarah cantik anggun mengenakan tiara khas dari Swarovski.

IKLAN

“Tiara yang dipakai Sarah sangat berharga bagi saya. Namun saya bertuah kerana Swarovski hadiahkannya kepada saya untuk dipakaikan kepada menantu. Syukur alhamdulillah,” kata Haliza.

Malah perkata tersebut pernah dikongsikan Haliza menerusi hantaran video di TikTok, baru-baru ini.

Tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar itu direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

IKLAN

Seiring dengan statusnya, gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini itu pula berharga RM300,000.

Berkongsi mengenai kos keseluruhan sempena majlis raja sehari anak sulungnya itu, Haliza sanggup berhabis sekitar RM3.5 juta sehingga menjadi sorotan di sosial media.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial #MHnews Perkahwinan super mewah anak jutawan tudung Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri di St Regis, KL! Beliau melaram busana berharga RM170,000 sementara gaun pengantin menantu perempuannya, Sarah pula berharga RM300,000 yang disulam bersama 189,936 butir permata Swarovski dibawa khas dari Austria. Mega sungguhla kan?! #MHnews #MediaHiburan ♬ Sempurnakan Hariku – Rey Mbayang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI