Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang merancang untuk meninggalkan zaman solo tahun 2020 mengakui dia kini merupakan wanita yang terpaling bahagia kerana sedang diulit cinta lelaki berusia 28 tahun.
Meski belum lagi bersedia untuk mendedahkan siapakah jejaka yang kini bertakhta di hatinya, namun dia mengakui sudah pun bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya pilih tahun hadapan. Jangan tanya lagi nanti saya akan kongsi. Saya sedar meski ramai yang sudah tahu siapakah gerangannya, namun rakan media cukup hormati permintaan saya.
“InsyaAllah saya akan dedahkan wajahnya pada malam berinai nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah majlis nikahnya nanti akan dilakukan secara tertutup atau hanya sebaliknya, penyanyi Bakawali ini ada jawapan sendiri.
Jelas bintang yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini, tiada sebab untuk dia merahsiakan perkahwinan sementelah dia mahu meraikan bersama rakan media dan peminat tersayang.
“Saya anggap ini perkahwinan yang pertama. Kalau boleh saya berhajat untuk lakukan apa yang tak pernah saya rasa sebelum ini, pada perkahwinan yang akan datang, insyaAllah. Dulu masa nikah, Mama baru saja meninggal.
“Jadi kita langsungkan majlis di surau saja. Jadi kalau boleh teringin rasa meriah sikit, kebetulan ini merupakan perkahwinan pertama bakal suami. Jadi ya, saya sangat teruja. Malah anak pun cukup rapat dengannya.
“Keluarga pun sudah saling berkenalan dan kami memang mahu percepatkan segala urusan. Saya sendiri dah lalui macam-macam hal dan rasanya perancangan Allah itu terlalu cantik,” akhiri Kak Lina.
Terdahulu, ibu tunggal ini pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Joy Revfa telah meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-32 tahun.
Bertemakan kek animasi popular Disney, Aladdin, pemilik penuh nama Siti Arifah Mohd Amin ini bagaikan tidak ‘ditelan’ usia dek raut wajahnya persis gadis remaja.
Dalam pada itu, Joy turut bergambar bersama ibu tercinta, Safiah Abbas yang juga seorang usahawan kosmetik dan turut menerbitkan buku-buku perihal kecantikan.
“Doa Ibu yg sentiasa menyelimuti langkahku.. Kemana pun aku pergi.. Dimana pun aku ditempatkan.. Aku tetap bersama-sama dgn doanya..
“Kerana.. yang membuat segalanya mudah bukan kerana keberuntungan.
“Tetapi..Doa & Restu dari seorang Ibu..
“Terima kasih ibu kerana melahirkan anakmu ini ke dunia & memberi sepenuh kasih sayang tanpa syarat.. 😭 sayang ibu @sofiaabbas61 💋
“Kawan2 yg masih ada ibu tu, rajin2 lah minta restu atau doa dari ibu, pasti segala yg kita lakukan segalanya akan menjadi mudah.. Insyallah,” tulis Joy dengan penuh perasaan.
Penerbit Datuk A.Aida, 49, yang baru sahaja mengumumkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang dikahwininya kira-kira 10 bulan lalu mengakui dia tidak boleh menutup mulut masyarakat terhadap pelbagai spekulasi yang timbul selepas mengetahui status terkininya.
“Bagi saya kita tak boleh menutup mulut masyarakat di luar sana. Cuma saya nak tekankan di sini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah.
“Siapa yang kahwin nak cerai-berai. Semua nak kahwin hingga ke jannah. Tapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana,” kongsi Aida menerusi sidang media.
Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap perhubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding wanita, A. Aida mempunyai pendapatnya sendiri.
Katanya kematangan bukanlah bergantung kepada usia seseorang semata-mata.
“Mungkin ya dan mungkin tidak. Ada kenalan saya yang berkahwin dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Akan tetapi bahagia sampai sekarang.
“Bagi saya kematangan itu bukanlah bergantung kepada umur. Ada okay dan sebaliknya,” kongsi Aida lagi.
Mengulas mengenai pertanyaan pihak media sama ada mungkin keduanya ada harapan untuk rujuk kembali, ini jawabnya;
“Taklah kot, takde dah,” katanya ringkas.
Ikuti temu bual penuh bersama wanita kuat ini menerusi FB Live MH;
MH kini berada di sidang media tergempar Datuk A. Aida, umum cerai
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.