Penyanyi, Ariff Bahran tidak berasa hati dengan komen yang diberikan juri Famili Duo musim ke-3, Mas Idayu yang memintanya untuk menurunkan berat badan sekiranya mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian.
Menurut Ariff, apa yang diperkatakan oleh Mas Idayu adalah perkara benar dan berat badannya memang menaik dengan agak mendadak selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya okay sahaja sebab memang jelas berat badan saya menaik. Orang ramai mula mengenali saya sejak badan saya masih kurus.
“Namun, bila saya kembali muncul di televisyen selepas mendirikan rumah tangga, ramai nampak yang saya agak berisi. Tiada apapun yang saya nak terasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Juara Dusta ini turut mendedahkan dia telah menurunkan berat hampir sembilan kilogram sebagai persediaan sebelum menyertai program Famili Duo 3.
Ads
“Pada awalnya, saya memang sudah menurunkan berat badan untuk bertanding di program ini. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil walau sedikit.
“Saya berjaya menurunkan badan hampir sembilan kilogram dalam masa kurang dua bulan. Saya tak makan nasi dan aktif bermain sukan badminton.
“Doakan saya untuk terus turunkan berat badan,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, selepas persembahan lagu Gajah Di Balik Batu ketika persembahan kedua di pentas akhir Famili Duo 3, Ajai meminta Ariff untuk menjaga berat badannya demi mendapatkan stamina ketika membuat persembahan.
“Ariff kena lari sikit bagi lemak-lemak itu hilang. Ia tak bagus untuk kesihatan . Sebab itu kamu menyanyi semput,” komen Ajai.
Sementara itu, Mas Idayu pula menambah, penampilan merupakan antara aspek yang paling penting sekiranya seseorang itu mahu bergelar anak seni.
Ads
“Masalahnya, awak adalah seorang artis. Kalau bukan artis, tak mengapa. Nak badan besar pun orang peduli apa.
“Namun, bila nak bertanding dan muncul di atas pentas, kena kecilkan sedikit apa yang kembang,” katanya.
Terdahulu, Ariff bersama sepupunya Haqiem Rusli terpaksa berpuas hati untuk sekadar meraih tempat ketiga di pentas akhir Famili Duo 3.
Tempat kedua jatuh kepada duo adik beradik Adira dan Emma manakala juara pula disandang oleh satu lagi duo adik beradik, Sharif dan Syaiful.
Ketika pusingan pertama, Ariff dan Haqiem berjaya menambat hati juri dengan persembahan sarat emosi menerusi lagu Beribu Sesalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ikmal Amry yang sudahpun selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hati yang dikenali sebagai Najla.
Memetik Remaja, pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada Hari Raya ketiga.
Sambil memanjat rasa syukur, peserta Hero Remaja 2017 ini juga mengakui sudah lama merancang untuk bertunang, sekali gus musim cuti perayaan dilihat sebagai masa terbaik.
“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti.
“Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat.
“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini.
“Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah,” katanya.
Percaya kepada rezeki selepas bergelar tunangan orang, bintang ini turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan selepas ini.
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, berita gembira itu turut dikongsi di laman instagram dia dan pasangan.
Pelakon yang mulai dikenali menerusi Gantung The Series ini juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dan merancang untuk akhiri zaman bujang akhir tahun ini, bergantung kepada situasi semasa (covid-19).
“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima.
“Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini,” akhirinya.
Sumber/Foto: Majalah Remaja, Instagram Ikmal Amry & Najla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Syatilla Melvin yang sedang bergiat aktif memceburi dunia perniagaan kosmetik ternyata merupakan satu kejayaan besar buat aktres jelita ini.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memaklumkan kini sudah menceburi dalam dunia perniagaan makanan kesihatan iaitu jamu.
Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur atas kejayaan peniagaan kosmetik miliknya.
Jelas Syatilla, perniagaan ini dijalankan kerana ingin memberi bantuan kepada golongan wanita yang ingin mencari sumber pendapatan.
“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!!!lepas kejayaan kosmetik @kekasih_hq ,allah kabulkan doa tilla nak sgt ada JAMU sendiri!!!ya allah tak sangka bila tengok production sendiri bejalan mcm ni!
“Niat tilla, nak bantu suri rumah dan golongan wanita jana income sendiri! Sapa jadi yg 1st mmg bertuah sgt! Sayang @shaheizy_sam lets do this kaw2!!! Coming very soon @pengaseh.hq,” tulisnya.
Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 10 bulan.
Video: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abby Abadi menerusi entri terbaru memaklumkan bayi pra-matangnya kini hanya menggunakan 40 peratus alat bantuan pernafasan berbanding sebelum ini.
“Assalamualaikum Helloooooo. Pagii dari Mama Abah & Baby. “Hari ni Baby besar kami start periksa. Doakan ye… Semoga ALLAH mudahkan urusan anak2 kita. “Dan kami otw ke hospital skrg… Doakan tau! Nak update selalu tak sempat. Cuma semalam Alhamdullillah, dari 90% bergantung pada mesin pernafasan, lepas tu 65%, turun 50%, semalam 40%. Syukur.
“Doakan sentiasa k utk Baby Danial kami. Penyakit lain dtg & pergi. Yakinnnnn! ALLAH kuatkan Baby Danial utk terus bertahan, Amin!,” kongsinya.
Sekadar imbasan, pelakon Gerak Khas ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.