Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa hari ini.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik pihaknya dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu.
“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.
Ads
“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami.
“Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya menerusi kenyataan media.
Ads
Walau bagaimanapun, Suria FM optimis untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.
Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.
Penyanyi, Kaka Azraff reda dengan ujian yang menimpa dirinya saat ini susulan kontraknya bersama syarikat rakaman telah ditamatkan kerana lantang bersuara mengenai konflik yang berlaku di Palestin.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap ujian ini sebagai jihad kecil demi menuntut keadilan buat rakyat Palestin.
“Saya melihat perkara ini daripada sudut positif sebab saya tahu saya berada di pihak yang benar. Setakat beberapa hari ini, saya hanya mengambil perkara yang positif sahaja.
“Yang negatif, sebolehnya saya tak mahu tengok. Apa yang saya buat ini adalah untuk saudara-mara kita di Palestin.
“Kalau hal ini mendatangkan kesusahan kepada saya, saya anggap ia merupakan jihat kecil daripada saya,” katanya kepada MH.
Anak saudara kepada penyanyi senior, Ella ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media tergempar yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada Rabu.
Pada masa sama, Kaka turut mendedahkan dirinya tidak terkesan selepas menerima banyak mesej kecaman di media sosial.
“Saya terima banyak mesej dan hantaran di media sosial yang menghentam saya. Namun, saya tak terkesan dengan perkara tersebut.
“Saya sentiasa berpegang teguh dengan pendirian saya. Saya tidak akan berhenti untuk bersolidariti.
“Saya bukan menghantar mesej kebencian cuma saya mempertahankan rakyat Palestin. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi dan mengambil akauntabiliti,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong berkenaan isu ini.
“Saya sebenarnya tidak mahu terlalu berbangga dengan apa yang terjadi tapi saya yakin semua umat Islam faham apa yang saya maksudkan daripada DM yang dihantar.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan. Saya terima banyak mesej dan komen yang memberikan kata-kata semangat.
“Saya sangat menghargainya dan bersyukur ada pihak yang dapat melihat hal ini daripada sudut pandang yang sama,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai nasihatnya kepada rakan artis yang ingin terus bersuara demi rakyat Palestin, Kaka meminta mereka supaya bersedia dengan risiko yang bakal ditanggung.
“Terpulang kepada individu sebab ia atas risiko masing-masing. Apa yang mereka mahu pertahankan, itu adalah hak individu.
“Ini jalan yang saya pilih. Namun, saya berharap agar semua pihak yang bersama Palestin ini untuk menggunakan suara kita.
“Suara kita mungkin kecil tapi mungkin boleh beri impak. Saya harap mereka berani untuk bersuara tapi dengan cara lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Kaka memaklumkan pihak Warner Music telah menghantar surat penamatan kontrak pada 30 November lalu.
Namun, surat tersebut masih belum ditandatangani oleh Kaka kerana merasakan ia berlaku secara sebelah pihak.
Lantaran itu, Kaka menggesa pihak Warner Music untuk memberikan alasan munasabah mengapa kontraknya ditamatkan secara tiba-tiba.
Katanya lagi, proses mahkamah bakal menjadi jalan terakhir sekiranya tiada rundingan yang dibuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mempertaruhkan dua buah lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) yang berlangsung minggu lalu, Shiha Zikir nyata sebak apabila karya nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Mac depan.
Sambil meluahkan rasa terharu, Shiha juga bersyukur apabila naskhah nukilannya sendiri bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya lolos, bersama 11 buah lagu lainnya.
“Jujur dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.
“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.
“Shiha memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” ulasnya.
Ditanya mengenai cemuhan segelintir warganet yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha bagaimanapun tenang memberikan responsnya.
Tambahnya lagi, sejak dulu sampai sekarang, prinsipnya sama sahaja iaitu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.
Terdahulu, terdapat beberapa pihak yang seolah-olahmempertikaikan kemasukan Shiha ke peringkat akhir AJL38 yang disifatkan terlalu kerap sejak AJL35.
“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.
“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.
“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” ulasnya memberi pencerahan.
Menurutnya lagi, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras dalam memastikan kesemua lagu-lagu yang dihasilkan berkualiti selain memenuhi cita rasa pendengar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.