Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, dipilih sebagai lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, di Shah Alam, pada Jumaat.

Ia sekaligus menafikan sepuluh lagu lain yang turut bertanding dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Karya berkenaan turut diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa dan berjaya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Bagaimanapun, lagu tersebut tidak semestinya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, namun masih berpeluang.

IKLAN

Dalam saingan hari pertama ini, 11 buah lagu yang bertanding termasuk Inilah Jalannya nyanyian Masdo dan lagu serta ciptaan Noh Salleh Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat).  Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah / A Ramlee dan Ezra Kong / A Ramlee dan Ezra Kong); Kaulah Syurga (Khai Bahar dan Lia Aziz / Asfan Shah / Siti Rosmizah) dan Tusuk (Shiha Zikir / Iqie Hugh dan Omar Kay / Iqie Hugh dan Omar Kay).

Turut bertanding adalah Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan feat Hazama / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K / Iqie Hugh, Shazreq Azeman dan Omar K); Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul / Aina Abdul / Aina Abdul); Bahagia Milik Kita (Syamel / Syamel dan Ahmad Jeffny / Syamel); Oh Wanita (Khai Bahar / Harry Khalifah / Harry Khalifah) dan Racun (Elica Paujin feat Dem Lepak Boyz / Iqie Hugh dan Aniq Iffat / Iqie Hugh dan Aniq Iffat).

IKLAN

Kesemua lagu itu diadili barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY.

Hari pertama SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Dikir Puteri, Ngajat Tampi dan Hatinya Tak Tahan.

IKLAN

Sebanyak 12 lagu terbaik bakal dipilih selama tiga hari SFMM38 berlangsung bermula hari ini.

AJL38 bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, tahun depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI