
Selepas mencetuskan tanda tanya menerusi perkongsian foto yang memaparkan sebentuk cincin, penyanyi Ara Johari tampil memberikan sedikit bayangan mengenai satu perkara besar yang sedang dipersiapkannya ketika ini.
Namun begitu, Ara memilih untuk tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai hantaran tersebut dan meminta semua pihak bersabar sehingga tiba masanya untuk dia berkongsi berita berkenaan secara terbuka.

“Saya sebenarnya tak mahu komen lebih mengenai hal itu. Apa yang boleh saya katakan, saya sedang buat satu persiapan yang besar.
“Mungkin dalam masa terdekat ini, saya akan bagitahu semua orang mengenai perkara tersebut.
“Saya harap agar segalanya dipermudahkan dan saya juga ingin memohon kepada anda semua untuk mendoakan agar persiapan saya ini berjaya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu berkata demikian ketika ditemui pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), baru-baru ini.
Enggan Terburu-Buru Kongsi
Menurut Ara, dia tidak mahu tergesa-gesa berkongsi mengenai persiapan yang sedang dilakukan kerana ingin memastikan semuanya berjalan lancar sebelum diumumkan kepada umum.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai komen-komen positif. Namun, bagi saya, sebelum kita memilih untuk maklumkan segalanya, saya tidak mahu komen lebih.
“Saya harap peminat gembira dengan apa sahaja keputusan saya selepas ini. Segalanya akan berlangsung pada tahun ini dan dalam masa terdekat,” ujarnya.
Enggan Ulas Dakwaan Gimik
Dalam pada itu, Ara turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir pihak yang beranggapan hantaran tersebut sekadar gimik bagi mempromosikan projek terbaharunya.

“Saya tak boleh nak ulas lebih soal itu. Yang kata lelaki itu ialah Hun Haqeem, anda semua memandai-mandai sahaja. Ada ramai lagi lelaki lain di Malaysia ini.
Anda mungkin berminat dengan
“Alhamdulillah, di fasa ini saya gembira dan tidak lagi menjaga jodoh orang lain,” akhirinya.
Sebelum ini, Ara mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto yang seolah-olah memberi bayangan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Ara dilihat berkongsi foto memaparkan tangannya bersama seorang jejaka dengan kedua-duanya mengenakan sebentuk cincin pada jari manis.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

