
Pelakon Datin Seri Zizie Izette tampil memberi penjelasan selepas perkongsiannya mengenai kehidupan peribadi mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran di Threads, Zizie memaklumkan, apa yang dikongsikan di media sosial bukanlah bertujuan untuk ‘show off’, sebaliknya sekadar berkongsi sebahagian daripada rutin kehidupan hariannya.



“Saya rasa ada perbezaan antara menunjuk-nunjuk dan sekadar berkongsi sebahagian daripada kehidupan kita.
“Apa yang anda lihat pada saya atau dalam hantaran saya hanyalah sebahagian daripada kehidupan harian saya.
“Kalau hari tu saya pakai sesuatu and you happen to see it, you see it,” jelasnya.
Tegaskan Tidak Pernah Tunjuk Kemewahan
Malah, ibu kepada tiga cahaya mata dan dua orang anak angkat itu turut menegaskan, dia tidak pernah merasakan keperluan untuk sengaja mempamerkan barangan yang dimiliki semata-mata bagi menarik perhatian sesiapa.
“Tetapi saya tidak pernah merasakan perlu untuk sengaja menunjukkan apa yang saya beli, berapa harga sesuatu, atau apa yang saya miliki semata-mata untuk menarik perhatian sesiapa.



“Mereka yang benar-benar mengenali saya tahu itu bukanlah diri saya.
“Saya hanya berkongsi sedikit potongan kehidupan saya, bukan untuk membuktikan apa-apa kepada sesiapa,” jelasnya lagi.
Akui Masih Belajar Abaikan Pandangan Orang
Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima reaksi daripada pengguna media sosial, yang berpendapat Zizie tidak perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa hanya kerana bimbang dinilai oleh orang lain.



“Tidak perlu jelaskan diri hanya kerana tidak mahu orang menilai. Orang yang mahu menilai tetap akan menilai walau sebanyak mana kita cuba jelaskan ‘saya tidak mahu menunjuk-nunjuk’.
Anda mungkin berminat dengan
“Manakala mereka yang menikmati perkongsian kita tidak akan terlalu memikirkan atau menilai walaupun tanpa penjelasan.
“Biarkan orang melihat dan percaya apa yang mereka mahu, tiada guna untuk jelaskan apa-apa,” komen individu berkenaan.
Mengulas lanjut, Zizie kemudiannya membalas komen tersebut dan mengakui dirinya masih dalam proses belajar untuk tidak terlalu mengambil berat terhadap pandangan orang lain.
“Betul apa yang awak katakan. Kadang-kadang saya suka menjelaskan kerana mahu orang faham dari sudut pandangan saya.
“Tetapi saya semakin belajar bahawa tidak semua orang memerlukan penjelasan.
“Orang tetap akan melihat apa yang mereka mahu lihat. Terima kasih atas peringatan ini,” kongsikanya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

