Ads

“Tanggungjawab Ini Terlalu Besar,” – Aina Abdul Teruja Bawa Nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Impian Jadi Kenyataan

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dipilih sebagai wakil tunggal Malaysia untuk bersaing di pentas berprestij, Eurovision Song Contest Asia 2026.

Menurut Aina, dia sendiri tidak mengetahui mengenai keputusan pemilihan tersebut kerana segala proses dirahsiakan sehingga pengumuman rasmi dibuat.

“Tanggungjawab Ini Terlalu Besar,” - Aina Abdul Teruja Bawa Nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Impian Jadi Kenyataan

“Tanggungjawab Ini Terlalu Besar,” – Aina Abdul Teruja Bawa Nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Impian Jadi Kenyataan

“Saya memang tak tahu langsung mengenai keputusan siapakah yang bakal dipilih untuk ke Eurovision Song Contest Asia 2026. Kami diberitahu keputusan itu adalah rahsia.

“Saya pun tak tahu sama ada hal itu akan jadi kenyataan atau tidak. Saya gembira dengan keputusan ini. Namun, Eurovision ini sebenarnya lagi stress daripada AJL,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Kamu itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL40, baru-baru ini.

Mahu Harumkan Nama Malaysia Di Pentas Antarabangsa

Mengulas lanjut, Aina berharap dapat memberikan persembahan terbaik sekali gus memanfaatkan peluang tersebut untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tanggungjawab Ini Terlalu Besar,” - Aina Abdul Teruja Bawa Nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Impian Jadi Kenyataan
Screenshot

“Saya harap yang saya dapat buat yang terbaik. Kadang-kadang saya pun terfikir, bila lagi saya berpeluang untuk menaikkan nama Malaysia.

Ads

“Mungkin peluang yang Allah mahu berikan kepada saya. Doakanlah yang terbaik untuk saya. Tanggungjawab ini terlalu besar,” ujarnya.

Eurovision Jadi Sumber Inspirasi Persembahan

Dalam pada itu, Aina mengakui dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berkenaan memandangkan sudah lama mengikuti perkembangan Eurovision dan menjadikannya sebagai antara sumber inspirasi dalam menghasilkan persembahan.

“Tanggungjawab Ini Terlalu Besar,” - Aina Abdul Teruja Bawa Nama Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Impian Jadi Kenyataan
Screenshot

“Sudah tentu saya terima tawaran ini. Bila dengar nama saya diumumkan, inilah kemenangan sebenar buat saya. Saya memang mengikuti rapat program Eurovision.

Ads

“Saya juga banyak belajar daripada program itu. Persiapan-persiapan AJL sebelum ini pun saya banyak tengok persembahan daripada Eurovision.

Anda mungkin berminat dengan

“Mereka sangat mementingkan teknikal dan pakej yang lengkap. Sudah tentu saya nak pergi dan rasai sendiri pengalaman berjuang di negara orang,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Aina dipilih mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026 selepas dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), baru-baru ini.

Eurovision Song Contest Asia 2026 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Peluru Senja

Ular, Kala Jengking & ‘Lautan’ Lumpur! Pelakon ‘Peluru Senja’ Tempuh Penggambaran...

Pelakon, Datuk Adi Putra menyifatkan setiap yang berlaku di dalam hidup setiap individu adalah ujian dari-Nya dan akuinya, jika tiada ujian...