Sejak bergelar ibu kira-kira lima bulan lalu, Mawar Rashid tidak pernah lekang dari berkongsi perkembangan permata hati pertamanya, Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi Instagram.
Malah, perkongsian yang dibuat adik ipar kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu membuat rata-rata peminat tersenyum dek gelagat anak lelakinya itu.
Terbaru, Mawar ada memaklumkan berat badan anaknya kini sudah pun mencecah lebih tujuh kilogram.
Ads
“Anak sholeh mommy ni da 5 bulan da.. makin banyak demand, makin manje sebab tahu orang akan layan die. Berat die pun da 7.2kg.
“Alhamdulillah Rafael sihat & kuat. Doakan yang baik2 cemua,” tulisnya.
Selepas ramai yang memberi pujian terhadap penampilan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nirhaliza yang menggayakan tudung bawal bersempena dengan sambutan Hari Raya Haji semalam, hari ini figura jelita ini sekali lagi ‘belanja’ fotonya yang mengenakan tudung hampir sama, tapi dalam rona berbeza.
Sinonim dengan stail ringkas tetapi masih memukau pandangan, perkongsian terkininya menerusi Instagram itu tetap menerima reaksi positif para peminat.
Beberapa hari lalu, pelakon dan model Bella Dally menjadi perhatian netizen di laman media sosial.
Ini kerana bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu ada berkongsi kit ujian kehamilan yang menunjukan keputusan positif menerusi rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Rentetan perkongsian tersebut, kehamilan Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally menjadi tanda tanya peminat.
Menerusi entri terkini Bella pula, dia memaklumkan bahawa dia sebenarnya telah melancarkan produk kosmetik jenama dirinya sendiri.
“Bismillahirrahmanirrahim, The day is finally here! This IS my New Baby, Lip Cream by @olumiscosmetics_hq.
“Sebenarnya dah lama nak buat my very own cosmetic brand dan akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.
“4 natural colors that you can simply apply daily whether it’s for work, catching up with friends or even for a date night! Thank you so much for your endless support #OlumisbyBellaDally,” tulisnya.
Lalu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana merasakan hampir terperdaya dengan perkongsian pelakon berusia 27 tahun itu.
Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016. Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei 2018.
Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.
Bagaimanpun, menerusi perkongsian ujian kehamilan itu, Bella sendiri tidak ada memaklumkan mengenai dirinya sama ada hamil atau sebaliknya.
Video : Instagram Bella Dally
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Joy Revfa akui ramai mendekatinya dan hanya mengambil kesempatan semata-mata.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Siti Arifah Muhd Amin ini juga mahu anaknya,Arryan Firdaus sentiasa ada disisi selamanya.
“Arryan je tetap ada dgn ibu.. org
lain yg dekati ibu semua suka nak gunakan ibu & ambil kesempatan je.
“Bila dh dapat, hilang & lesap tanpa jejakCepat lah besar Arryan, senang sikit jaga ibu ni sbb asyik kena tipu je dgn janji2 org lain.
“Tak apalah, ibu tak mampu nak berbuat apa2.. hanya Allah swt saja dapat beri mereka ini hidayah & kifarah yg setimpalnya.. 😔#sad #hambaMuyanglemah,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi MK K-Clique mendedahkan anaknya yang baru berusia dua tahun sudah mampu menghafal beberapa lagunya, termasuk ‘Pulang’ dan ‘Risiko’.