Kesal dengan kata-kata yang mungkin dianggap ‘gurauan’ pada awalnya, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam secara profesinal mengakui khilafnya gara-gara menyentuh perihal fizikal Sherry Al Hadad.
Kenyataan yang dibuat secara seloroh pada sesi komen juri itu sebelum ini dikritik ramai.
Bagaimanapun, Mark tampil memohon maaf secara terbuka menerusi video yang dirakamnya di Instagram, sebentar tadi.
“Pertama kali saya nak minta maaf pada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage 2019.
“Saya kalau bergurau macam di rumah dengan rakan-rakan artis.
Ads
“Tapi semalam saya salah, sebenarnya ada sambungan lagi tapi saya tak sempat nak sambung. Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak di luar sana yang terasa.Ā
Ā “Saya mohon maaf dan apa yang terjadi adalah tidak profesioanal. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi, maafkan saya semua.
“Saya sangat menyesal malam kejadian. Maafkan saya semua,” kata Mark tenang.
Popular dengan personaliti yang selamber dan lucu, ruangan komen di Instagram bintang tersebut dihujani pelbagai reaksi.
Ads
Semalam, Mark ada menyentuh mengenai fizikal bintang Geng itu.
“This opportunity is very big you see, even the host is big,” katanya ketika sesi penjurian juri usai persembahan peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.
Terdahulu, Mark merupakan juri jemputan menerusi program realiti,Ā Big Stage 2019 malam tadi disamping Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sebagai juri tetapnya.\
Video : Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Iesya Toh baru-baru ini ada berkongsi sedutan pendek video kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan beberapa buah motosikal.
Perkongsian yang dikongsi menerusi Instagram itu antara lain menjelaskan mengenai kerisauan dirinya terhadap penunggang motosikal.
āAllahu akhbar. Saya paling risau kan rider every time nmpak kt jalan. Moga yg terlibat dalam kemalangan ini selamat aamiin.
āYa Allah selamatkan kite semua dari kemalangan yg mengerikan, biar la saat nyawa kita diambil, anggota badan kita dlm keadaan sempurna aamiin,ā tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mendoakan agar individu yang terlibat dalam nahas selamat. Malah, ada peminat yang turut berkongsi pengalaman sedih.
Foto: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan pada 18 Ogos lalu, Intan Najuwa ada merakam video pertama bersama tunangnnya,Ā Razrul Anwar Rusli.
Berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyianĀ Andmesh Kamaleng, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini dilihat gembira sambil merakam video di dalam kereta bersama Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kesat berikutan kereta yang dinaiki Intan merupakan sebuah kereta mewah.
Malah, ada yang menyifatkan pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan.
Tidak hanya berdiam diri, Intan telah memuat naik status di Insta Storiesnya.
āKenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tngok new post I?
āHahahha! Dah2 pergi kerja,ā tulis Intan.
Terdahulu, Intan, 22 dan Razrul, 38, mengadakan majlis pertunangan diĀ Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Genap menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki dari Pantai Timur, bintang versatil Elly Mazlein mengakui dirinya kini sedang diulit bahagia, apatah lagi turut merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dipanggil āPapa Awan Nanoā itu tahun depan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi seperti yang dipetik Harian Metro juga mendedahkan, dia merancang untuk memperkenalkan si pengarang jantungnya ityu menerusi satu sidang media yang mungkin diadakanĀ serentak dengan majlis pertunangannya bersama bakal suami.
āSetakat ini, beberapa persediaan sudah dilakukan dan tarikh untuk majlis perkahwinan pun sudah ada. Tapi, saya akan kongsikan dalam satu majlis sidang media khas apabila semuanya sudah muktamad.
āBerkemungkinan besar, majlis sidang media ini juga akan diadakan serentak dengan majlis pertunangan saya,ā katanya seperti yang dipetik.
Malah ujar penyanyi Bakawali ini, dia juga tidak akan melakukan majlis secara tertutup, sebaliknya mahu menjemput rakan media yang banyak membantunya dalam industri.
āSaya nak rakan media ada sama di hari bahagia ini dan ia umpama hadiah buat mereka yang sentiasa membantu sepanjang karier seni berlangsung,ā jelas Elly jujur.
Pada masa sama, Elly turut merakamkan rasa syukur atas rezeki seni yang kini hadir. Percaya atas rahmatNya, bintang ini juga tidak menafikan sebelum ini hanya mendengar kisah rezeki orang yang bakal berkahwin saja.
āSelama ini, hanya mendengar cerita mengenai rezeki orang yang bakal berkahwin dan sekarang, saya sendiri dah mula rasa.
āTawaran kerja pun tak henti-henti. Baik tawaran lakonan, nyanyian dan pengacaraan, semuanya datang serentak dan saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan,ā maklum Elly.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki bekas pemain bass kumpulan berkenaan, Syuk yang dikatakan sudah lama terputus hubungan dengannya.