Pelakon, Faezah Elai mengakui kecewa dengan tindakan segelintir golongan anti-vaksin yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kesan alahan yang berlaku pada wajahnya baru-baru ini.
Kononnya, ia berpunca daripada kesan sampingan pengambilan vaksin.
View this post on Instagram
Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Faezah dilihat telah pun memberikan penjelasannya berhubung isu berkenaan.
Menurut Faezah, alahan yang dialaminya itu bukanlah berpunca daripada suntikan vaksin sebaliknya ia adalah kesan daripada pengambilan ubat paracetamol.
View this post on Instagram
Katanya lagi, selepas hampir sebulan dirinya selesai divaksinasi, dia tidak pernah mengalami sebarang kesan sampingan sepanjang tempoh tersebut.
View this post on Instagram
“Ok i have to clarify about this, ladies and gentlemen, my previous post about my swollen eyes is due to my allergy to paracetamol. NOT VACCINE!!
“I’ve got both doses of my vaccine almost a month ago with no side effect at all. Siap metekedarah derian lepaih cucuk (dont try this). Alhamdulillah elok. Mata bengkak ni baru dalam dua minggu sebab makan paracetamol,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi filem, Adik Manja Returns ini turut berharap agar orang ramai tidak sesuka hati menyebarkan perkara yanh tidak benar.
“Ampa yang anti-vaccine tu malaih cheq cakap pasai ni cause is ur right to choose tapi ampa janganlah twist my words. I never said my eyes were swollen because of the vaccine.
“Memang takdak kena mengena dengan vaccine gais! P/S : 1 kerja pulak dok kena explain pasai ni banyak kali. Bengkak mata cheq pon dah surut dah. Cerita ni tak surut-surut lagi,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan golongan berkenaan selain turut berharap agar masyarakat di luar sana dapat menjadi lebih bijak terutamanya dalam menentukan kesahihan sesebuah berita.
“Anti-vaksin ni memang pandai twist dan fitnah orang. Takde kerja betul
“Siapalah yang pandai-pandai buat cerita tu. Apapun, get well soon ampa.
“Get well soon sis. Saya pun allergic ubat. Kesan dia bengkak mata sebijik macam sis. Memang lambat nak surut.
“Diorang ni suka betullah sebar benda yang tak pasti,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Baru-baru ini, Faezah ada berkongsi mengenai keadaan wajahnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lalu, entri berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak dan tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI