Siapa sangka akhirnya diva pop popular ini membuka mulut tentang penderaan yang dilakukan oleh ayahnya. Selama 13 tahun sejak peristiwa ‘mental breakdown’ yang dihadapinya sehingga menyebabkan mahkamah membuat keputusan yang dia tidak mampu untuk menguruskan diri.

Oleh itu dia diletakkan di bawah conservatorship yang menyaksikan ayahnya, Jamie Spears, mempunyai segala hak untuk menyusun hidup bintang terkenal ini. Sebagai conservator Jamie adalah orang yang mempunyai akses terhadap jadual dan juga sumber kewangan Britney.

“Selama Ini Saya Pura-Pura Gembira,” – Dipaksa Guna Alat Cegah Kehamilan, Britney Spears Mahu Kehidupannya Kembali
Britney bersama dua orang anaknya, Sean dan Jayden.

Isu tentang penderaan yang diterima ibu dua anak ini bukanlah asing lagi, peminat-peminatnya sudah memulakan pergerakan ‘Free Britney’ tahun lalu apabila merasakan yang idola mereka itu sebenarnya telah dikawal dan ayahnya menyalahgunakan wang yang selama ini merupakan hasil titik peluh Britney.

Dalam satu sesi prosiding mahkamah yang berlaku kelmarin, Britney telah hadir di hadapan hakim Mahkamah Los Angeles untuk bersuara mengenai kesan conservatorship terhadap dirinya. Memetik intipati dalam sesi selama lebih kurang 30 minit itu dia berkata, “Saya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan, saya tidak rasa yang saya didengari dalam sesi mahkamah yang lalu.

“Selama Ini Saya Pura-Pura Gembira,” – Dipaksa Guna Alat Cegah Kehamilan, Britney Spears Mahu Kehidupannya Kembali

IKLAN

“Saya telah menipu dan memberitahu seluruh dunia yang saya OK dan gembira. Semuanya penipuan semata-mata. Saya hidup dalam kepura-puraan, terkejut, trauma dan memalsukan perasaan seolah-olah semuanya sempurna.  Sekarang saya menyatakan kebenaran dan saya tidak gembira. Saya tidak boleh tidur, tertekan dan saya menangis setiap hari.”

Selepas memberi kenyataan tersebut, Britney menyatakan hasrat agar conservatorship terhadap dirinya dibatalkan. “Saya berhak mendapat privasi, kini saya merasakan yang saya tidak boleh hidup dengan tenang. Mereka membuat saya merasa seperti saya tinggal di dalam program pemulihan. Saya akui saya memang memerlukan sedikit terapi, namun saya ingin maju secara progresif. Ketika ini ada alat pencegah kehamilan di dalam badan dan ayah saya tidak membenarkan saya berjumpa doktor untuk membuangnya.

IKLAN
“Selama Ini Saya Pura-Pura Gembira,” – Dipaksa Guna Alat Cegah Kehamilan, Britney Spears Mahu Kehidupannya Kembali
Britney bersama ibu dan ayahnya.

“Saya mahu berkahwin dan mempunyai anak lagi. Conservatorship ini memberi saya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Saya berhak mendapat kehidupan! Saya telah bekerja sepanjang hidup saya. Saya merasa diganggu dan saya merasa dibuli dan merasa ketinggalan dan bersendirian. Saya bosan merasa sendirian,” ucapnya jujur kepada hakim.

Sepanjang berada di bawah conservatorship yang dikawal ayahnya, penghibur berusia 39 tahun ini tidak dibenarkan untuk memiliki akses kepada kewangannya sendiri biarpun memperoleh jutaan dolar menerusi penjualan album dan konsert. Dia juga perlu meminta kebenaran ayahnya untuk membuat keputusan paling asas seperti mahu mengecat kabinet dapur rumahnya.

IKLAN

Sepanjang prosiding berlangsung di mahkamah, ayah dan ibunya yang ditemani peguam mereka turut hadir mendengar secara virtual.

Semoga diva pop ini berjaya memperoleh kembali kebebasan yang selama ini dipegang oleh ayahnya! #freebritney

Sumber: Vice, People

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI