Artis versatil, Sharifah Shahirah mengakui kini lebih memilih untuk beri tumpuan kepada keluarga, selain menyelesaikan komitmen lain yang sedia ada.
Menurut Shahirah atau nama lengkapnya, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, pada usia sekarang dia lebih selesa untuk beri ruang kepada bakat baru lain bergiat aktif dalam seni.
“Saya akui memang kerjaya seni saya kini diihat sedikit perlahan bukan sebab saya sudah tidak ada terima tawaran lakonan dan sebagainya.
“Tapi sebab kita ni sudah semakin berusia, jadi saya rasa sudah tiba masa untuk saya beri peluang kepada generasi baru pula.
Ads
“Saya mahu beri masa dan fokus kepada keluarga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini tetap bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
Ads
“Macam mana pun, saya tetap bersyukur meski karier seni saya dilihat semakin perlahan, tapi Allah tetap bagi saya rezeki dari sudut yang lain.
“Misalnya menjadi penyampai radio di Suria FM. Saya rasa aturan hidup yang Allah sudah tentukan untuk saya cukup baik.
“Secara tak langsung, kini saya dapat luangkan lebih masa bersama keluarga,” katanya lagi.
Ads
Shahirah menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan oleh Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat kini dilihat bahagia melayari bahtera perkahwinan disamping suami tercinta yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir.
Malah, pasangan ini juga kini difahamkan sedang menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata sulung.
Terbaru, seorang pengguna Twitter dilihat ada mempersoalkan mengenai usia kandungn Ayda ketika ini.
Jelas individu berkenaan, dia merasakan Ayda seperti baru sahaja berkahwin dan dia juga tidak menyangka bintang tersebut akan hamil secepat ini.
“Aku rasa mcm Ayda Jebat baru je kahwin tapi tiba-tiba ngandung dah ke, sebenarnya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?,” soal individu berkenaan.
Menjawab persoalan tersebut, Ayda memaklumkan dia kini sudah pun berkahwin lebih daripada enam bulan manakala usia kandungannya pula baru sahaja mencecah lima bulan dua minggu.
Dikesempatan itu juga, Ayda turut mencadangkan agar individu tersebut membuat pengiraannya semula dengan betul.
Bila lambat kahwin ‘Bila nak kahwin?’
Bila kahwin muda ‘Dah gatal sangat ke?’
Bila pregnant cepat ‘Eh tetiba pregnant? Betul ke pregnant, cepat eh?’
“Nikah 1.1.2021. Today 12nd June 2021, Now 5 months 2 weeks pregnant. ‘tiba-tiba ngandung’? Please do your calculation. Wkwkwk,” balasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Parah ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka.
“Bila lambat kahwin ‘Bila nak kahwin?’. Bila kahwin muda ‘Dah gatal sangat ke?’.
Bila pregnant cepat ‘Eh tetiba pregnant? Betul ke pregnant, cepat eh?’
“Bila lambat dapat zuriat ‘Bila nak pregnant?’. Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan cahaya mata merupakan rezeki yang telah pun ditetapkan oleh Allah SWT.
“Congrats! Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Not possible, ada orang lagi awal. Ahak, love u Ayda.
“Betul tu Kak Ayda, and for girls, kira kandungan start from 1st day last period kita ye.
“Netizen ni mengalahkan makcik bawang ergh,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Terdahulu, Ayda dan Nabil telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Sumber: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gelaran ‘Oppa Malay’ yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun ini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam kerjaya nyanyiannya.
Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single berjudul SARANGHAE yang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.
Bagi Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul single berjudul Saranghae yang diterbitkan Universal Music Malaysia (UM) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis lirik secara serius.
“Saranghae adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”
“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”
“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,” katanya.
Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu Saranghae sesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.
“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”
“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”
“Saya bertanya pula pada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh realisasikan perkara ini. Saya jumpa penggubah muzik dan ada tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.
Dalam masa sama, Meer Nash berkongsi laguitu dirakamkan dua kali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.
“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Pop sebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu Saranghae ini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam ‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”
“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau boleh nak orang ingat bahagian-bahagian dalam lagu ini.
“Dari awal saya buat melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira dengan hasil lagu ini. Semua yang terbabit dalam lagu ini berjaya buat bahagian mereka,” katanya.
Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu Saranghaeitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.
“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.
“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usaha untuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”
“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.
Meer Nash turut menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu Saranghae mudah diterima selain mesra telinga.
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”
“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”
“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini. Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Single berkenaan kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan semua yang mengharapkan semoga dirinya segera pulih dari ujian yang dihadapi.
Menerusi sesi ‘live’ menerusi laman sosial Instagram pada petang Rabu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi perkembangan terkini selain meminta maaf andai terlepas pandang ucapan yang diberikan.
“Terima kasih semua sebab mendoakan saya. Mana ucapan yang tak terbalas tu, saya minta maaf. Sebab terlampau banyak sangat.
“Harap ada yang tak berkecil hati. Semoga apa yang didoakan itu akan dimakbulkan Allah, ameen,” katanya.
Malah ketika sesi berkenaan berlangsung, para peminat tidak putus mendoakan kesihatan serta memberikan kata positif buatnya.
Penyanyi Kalis Rindu ini juga berkongsi rawatan yang diambil sebelum melakukan radioterapi dalam tempoh terdekat selain bercakap mengenai berat badannya ketika ini.
“Berat saya sekarang 35 kilogram. Paling terbaru saya timbang adalah pada semalam,” katanya lagi.
Elyana sebelum ini mendedahkan perkara tersebut selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya dengan memuat naik foto berat badan terkininya itu untuk tatapan umum di Insta Story.
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.