Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
Ads
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Pelakon Anzalna Nasir kali ini menyambut ulang tahun kedua anak lelakinya, Mohamad Eidrees bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim Nur Qaseh.
Anzalna berkongsi beberapa buah video sambutan ulang tahun yang dilakukan secara ‘online’ itu menerusi Instagram.
“Sambutan hari jadi Eidrees. Tahun ni menyambut birthday Eidress bersama anak-anak yatim/asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.
“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros di atas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” tulisnya.
Malah, Anzalna sebelum ini turut berkongsi beberapa momen bahagia sebelum bersalinkan Eidress menerusi Insta Story miliknya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara Anzalna meraikan hari jadi anaknya dalam penuh kesyukuran.
Menerusi perkembangan terkini yang dikongsikan di laman Instagram, rapper dan usahawan, Caprice memaklumkan dirinya kini sudah tiba di Dubai untuk transit buat seketika waktu sebelum meneruskan perjalanannya ke Kaherah, Mesir.
Jelas Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya sepanjang menjalankan misi kemanusiaan di bumi Gaza nanti.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya telah pun sampai ke Dubai. Ubat tidur malam ni memang tak berkesan. Saya pun tak tahu kenapa. Saya sempat tidur satu jam sahaja.
“Saya alami migraine yang sangat teruk ketika ini. InsyaAllah bila sampi Qairo nanti saya boleh tidur secukupnya.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya sama ada di ruangan komen atau direct message (DM).
“Saya sangat-sangat menghargainya. Saya baca semuanya. Mungkin saya tak dapat balas semua tapi terima kasih banyak. Ia sangat bermakna buat saya,” katanya.
Semalam, penyanyi lagu, Takde Hal Bro ini memaklumkan dirinya telah mendapat kebenaran pada saat akhir untuk terbang ke Gaza, Palestin demi menjalan misi kemenusiaan di sana.
Bagaimanapun, Caprice memberi tahu, dia hanya dibenarkan untuk terbang ke bumi bergolak itu secara berseorangan tanpa ditemani mana-mana pihak.
Entri berkenaan nyata mendapat perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 900,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Rata-rata netizen dan rakan artis dilihat meluahkn rasa bangga selain turut mendoakan agar segala urusan Caprice sewaktu di sana dipermudahkan.
“Allah protect you brother.
“May Allah ease every for you. Bless dan protect you dunya akhirah. Amin.
“We support you Cap. Be careful.
“Just believe in your self cap. InsyaAllah Allah is with you,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Aisar Khaled tampil menjelaskan berhubung video tular yang merakamkan dirinya mengenakan baju ketat ketika proses suntikan vaksin, minggu lalu.
Sekali gus, ia menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel turut ditegur petugas di pusat vaksinasi mengenai pemakaiannya pada ketika itu sehingga dia terpaksa membuka sebahagian butang atas baju kemeja yang dipakai.
“Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf dan saya tidak berniat untuk memakai baju yang ketat. Saya rasa baju tu biasa sahaja dan mungkin sebab dulu saya kurus. Baru-baru ni saja baru saya buat badan sikit di gym, jadi sebab tu agak ketat sikit kot (gelak).
“Lagi pun doktor tu tak marah pun. Dia sekadar bergurau sahaja dan tidak ganggu proses suntikan pun sebab semuanya mengambil masa hanya sekejap saja. Cuma, saya perlu buka baju sikit dan semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tidak ambil masa yang lama pun,” jelasnya menerusi Remaja.
Bintang muda berusia 21 tahun ini juga turut memberi reaksi mengenai kritikan sesetengah pihak yang mendakwa, golongan selebriti seolah-olah diberikan kelonggaran untuk merakam momen menerusi suntikan vaksin.
“Sebenarnya saya terlebih dahulu telah meminta keizinan daripada doktor yang bertugas ketika itu. Pada mulanya, memang dia tidak beri izin tapi selepas meyakinkan doktor itu, saya diberi kebenaran untuk merekodkan video dengan syarat hanya sekejap sahaja dan tidak menganggu kerja mereka.
“Tidak timbul isu saya seorang influencer atau tidak kerana doktor tu pun tak kenal siapa saya. Niat saya untuk memuat naik video tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pengambilan suntikan vaksin ini.
“Mungkin masih ada lagi yang belum mendaftar, dan saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya untuk masyarakat kita menerima vaksin,” katanya.
Dia pada masa sama, turut menjelaskan bahawa semuanya terpulang kepada budi bicara kerana dia sendiri melihat ada sahaja individu lain turut berbuat demikian.
“Saya rasa masih ramai lagi individu lain yang merekodkan video ketika divaksin. Mungkin mereka juga telah mendapat keizinan doktor untuk melakukan perkara itu.
“Jadi, tidak timbul isu tidak adil atau sebaliknya kerana kami semua seperti orang lain yang meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum merekod video,” tambahnya lagi.
Aisar turut menjawab mengenai video dirinya melakukan ‘prank’ pengsan selepas disuntik vaksin kepada beberapa rakan serumahnya di YouTube.
“Kalau penonton menonton video itu dari awal, saya memang terang-terang dah beritahu bahawa itu adalah sebuah video prank hanya untuk melihat reaksi rakan serumah.
“Saya tidak berniat untuk menakutkan masyarakat dan awal-awal lagi saya memang dah jelaskan bahawa itu hanya prank untuk rakan-rakan sahaja. Jadi, tidak timbul isu saya nak menakut-nakutkan masyarakat tentang vaksin ini,” katanya.
Sumber, Foto: Remaja, Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.