Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni mengakui berasa amat bangga dengan segala usaha dan penat lelah bapanya yang telah bekerja selama hampir empat dekad.

Jelas Haziq, semalam, merupakan hari terakhir bapanya berkhidmat di syarikat yang terletak di Kuala Lumpur itu sebelum memutuskan untuk bersara.

“Tiap Hari Ulang Alik Rawang-KL, Keluar Sebelum Subuh Balik Isyak,” – Bersara Selepas Hampir 4 Dekad, Haziq Hussni Kenang Kegigihan Bapa “Tiap Hari Ulang Alik Rawang-KL, Keluar Sebelum Subuh Balik Isyak,” – Bersara Selepas Hampir 4 Dekad, Haziq Hussni Kenang Kegigihan Bapa

Katanya lagi, sepanjang tempoh tersebut, dia telah menyaksikan sendiri kegigihan bapanya yang sanggup berulang-alik dari Rawang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk ke tempat kerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

“Harini baba last day keje. 37 tahun der kerja dekat company sama memang 1 achievement. Sangat besar. Aku salute!

IKLAN

“Aku jadi saksi tiap hari ulang-alik rawang-kl naik bas. Sebelum Subuh dah gerak. Lepas Isyak baru sampai rumah. Tiap-tiap hari jalan kaki je dari LRT Masjid Jamek sampai Jalan Raja Laut. Gila. Siapa boleh buat.

“Tu sampai sekarang maintain hensem. Now baba dah free boleh dah mana2 producer ambik baba jadi hero drama ni. Happy retirement baba,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pengacara program Muzik-Muzik itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Tiap Hari Ulang Alik Rawang-KL, Keluar Sebelum Subuh Balik Isyak,” – Bersara Selepas Hampir 4 Dekad, Haziq Hussni Kenang Kegigihan Bapa “Tiap Hari Ulang Alik Rawang-KL, Keluar Sebelum Subuh Balik Isyak,” – Bersara Selepas Hampir 4 Dekad, Haziq Hussni Kenang Kegigihan Bapa

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan selamat bersara selain turut memuji wajah awet muda bapa Haziq itu.

“Copy paste teruk. Aku ingatkan Haziq pakai filter orang tua tu.

“MashaAllah, enjoy the retirement days uncle.

IKLAN

“Pakcik, bersiap sedialah menerima follower yang ramai.

“Nampak muda dan sihat ni. Mungkin sebab banyak berjalan ni kot noh.

“Tak nampak macam bapak. Duduk sebelah memang nampak macam abang je. Muda belambak.

“Dah tahu muka Haziq masa tua nanti. Tengok je abah dia,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram Haziq Hussni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI