Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa, mengakui berasa amat sedih apabila mendedahkan akaun Instagram bisnesnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Nadzmi, dia bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Ardell Aryana berasa agak ralat apabila mengenangkan mengenai penat lelah mereka membangunkan akaun tersebut sejak lima tahun yang lalu.

“5 tahun berusaha naikkan Instagram AlwadelHijab , dalam masa sehari je hilang semua kena hack orang yang tak bertanggungjawab. Semoga Allah sahaja membalasnya.

“Sedih sangat jadi macamni. Dah la pkp. Terpaksa mula semuanya dari awal. Ada hikmah Allah dugaa sebab sayang. Terima kasih ada bersama saya susah senang @ardellaryana .

“5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang…,”- Akaun IG Bisnes Hijab ‘Lesap’ Digodam, Nadzmi Adhwa Mula Dari Awal Balik “5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang…,”- Akaun IG Bisnes Hijab ‘Lesap’ Digodam, Nadzmi Adhwa Mula Dari Awal Balik

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Busut Bonang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Nadzmi turut menitipkan ucapan penghargaan kepada isterinya yang setia berada di sisinya dikala waktu sukar ni.

Dalam pada itu, Nadzmi turut memaklumkan dia juga telah mencipta sebuah akaun baru bagi menggantikan akaun yang telah digodam itu.

“5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang…,”- Akaun IG Bisnes Hijab ‘Lesap’ Digodam, Nadzmi Adhwa Mula Dari Awal Balik “5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang…,”- Akaun IG Bisnes Hijab ‘Lesap’ Digodam, Nadzmi Adhwa Mula Dari Awal Balik

Kepada customer customer yang sentiasa setia dan support kami saya ucapkan banyak terima kasih. Boleh follow IG baru @alwadelhijabhq ya,” jelasnya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nadzmi dan juga Ardell.

“Allahu, moga Allah gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, ada hikmahnya.

“Hidup penuh dengan ujian, kita terpaksa tabah hadapi walaupun pahit.

IKLAN

“Hmm, orang kalau dah dengki. Moga dimurahkan rezeki abang dan kakak selepas ini. InsyaAllah.

“Aduh, kesiannya. Tak mengapa, semoga Allah membalas kepada orang yang buat macam tu. Moga terus sukses,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang…,”- Akaun IG Bisnes Hijab ‘Lesap’ Digodam, Nadzmi Adhwa Mula Dari Awal Balik

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI