Pelakon, Mawar Rashid bersyukur selepas dana yang dikumpul bagi membantu meringankan beban pihak hospital telah pun mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Menurut Mawar, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menderma sehingga mereka berjaya meraih kutipan lebih RM100,000.

“Terima Kasih Seluruh Rakyat Malaysia…,” – Kumpul Lebih RM100,000, Mawar Rasyid Sekali Lagi Bantu Beli Peralatan Hospital

Katanya lagi, dengan sumbangan tersebut, pihaknya telah berjaya membeli beberapa peralatan untuk kegunaan pihak hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

“I’m so proud of you Rakyat Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Total pengumpulan dari sumbangan rakyat malaysia kami berjaya kumpul sebanyak Rm91,400.00. Menjadikan total sumbangan sebanyak RM114,400.

IKLAN

“Syukur alhamdullilah. Dengan Wang ini kita dapat membantu Hospital dengan sumbangan 1 unit Baby Warmer, 1 unit Lifting Trolley, 3 unit Oxigen Concentrator, 5 unit Pulse Oximeter, 4 unit Portable Screen, 20 unit Double sided Magnetic standing whiteboard, 10 unit portable Table, 15 unit Tong o2 dan alatan,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan bintang kelahiran program Dewi Remaja 2014/15 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Terima Kasih Seluruh Rakyat Malaysia…,” – Kumpul Lebih RM100,000, Mawar Rasyid Sekali Lagi Bantu Beli Peralatan Hospital “Terima Kasih Seluruh Rakyat Malaysia…,” – Kumpul Lebih RM100,000, Mawar Rasyid Sekali Lagi Bantu Beli Peralatan Hospital

Dalam pada itu, Mawar turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada rakan artis yang telah sama-sama membantu dalam menjayakan misi ini.

IKLAN

“Dan mawar, suami @rafyaakob dan team ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada rakan2 artis yang sama2 bantu kumpul dana ni, @zoeyrahman @anjoulielavocah1 @nurinafiqaaah @aleeyazailan @eyra.hazali @shahasan22 dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat malaysia yang beri sumbangan untuk kite support barang2 keperluan hospital.

“Semoga kite semua diberi rahmat dan perlindungan oleh-Nya,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usah tersebut selain turut mendoakan agar Mawar akan sentiasa dimurahkan rezeki lagi selepas ini.

“Semoga rakyat Malaysia dimurahkan rezeki lagi. Boleh tolong beli beli banyak peralatan. Mantap rakyat Malaysia.

IKLAN

“Selalu buat baik tau dia ni. Syukur sangat dapat kenal. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan Mekwa.

“Alhamdulillah syukur pada Allah. Terima kasih Mawar kerana banyak tolong pihak hospital. Semoga sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Terima Kasih Seluruh Rakyat Malaysia…,” – Kumpul Lebih RM100,000, Mawar Rasyid Sekali Lagi Bantu Beli Peralatan Hospital

Sebelum ini, Mawar juga pernah menyumbang beberapa peralatan perubatan di Hospital Selayang sebagai tanda penghargaan selepas dia pulih daripada wabak Covid-19.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI